Saturday, February 8, 2014

PUASA RAJAB

Bln ini kita telah memasuki dlm bln Rajab. Tidak sedikit kaum Muslimin di Indonesia, yg mentradisikan puasa Sunat ketika memasuki bln2 mulia spt bln Rajab. Hukum Puasa Rajab. Para ulama berbeza pendpt ttg hukum puasa Rajab.

Pertama, majoriti ulama dari kalangan Mazhab Hanafi, Maliki dan Syafie berpendpt bahawa puasa Rajab hukumnya Sunat selama 30 hari. Pendpt ini juga menjadi qaul dlm mazhab Hanbali.

Kedua, para ulama mazhab Hanbali berpendpt bahawa berpuasa Rajab secara penuh (30 hari) hukumnya makruh apb tidak disertai dgn puasa pada bln2 yg lainnya. Kemakruhan ini akan menjadi hilang apb tidak berpuasa dlm satu atau dua hari dlm bln Rajab tersebut atau dgn berpuasa pada bln yg lain. Para ulama mazhab Hanbali juga berbeza pendpt ttg menentukan bln2 haram dgn puasa. Majoriti mrk menghukumi sunat, s'mtara sebhg lainnya tidak menjelas kan kesunatannya.

Berikut pernyataan para ulama mazhab 4 ttg puasa Rajab.

Mazhab Hanafi: Dlm al-Fatawa al-Hindiyyah (1/202) disebutkan:

في الفتاوي الهندية ( المرغوبات من الصيام أنواع ) أولها 

صوم المحرم والثاني صوم رجب والثالث صوم شعبان وصوم 

عاشوراء ) اه

“Mcm2 puasa yg disunatkan adalah bnyk mcmnya. Pertama, puasa bln Muharram, kedua puasa bln Rajab, ke3, puasa bln Syaaban dan hari Asyura.”

Mazhab Maliki: Dlm kitab Syarh al-KhArasyi ‘ala Mukhtashar Khalil (2/241), ketika menjelaskan puasa yg disunatkan, al-KhArasyi berkata:

(والمحرم ورجب وشعبان ) يعني : أنه يستحب صوم شهر 

المحرم وهو أول الشهور الحرم , ورجب وهو الشهر الفرد 

عن الأشهر الحرم ) اه وفي الحاشية عليه : ( قوله

ورجب ) , بل يندب صوم بقية الحرم الأربعة وأفضلها 

المحرم فرجب فذو القعدة فالحجة ) اه

“Muharram, Rajab dan Sya’ban. Yakni, disunatkan berpuasa pada bln Muharram (bln haram pertama)dan Rajab - bln haram yg menyendiri.” Dlm catatan pinggirnya: “Maksud perkataan pengaram, bln Rajab, bahkan disunat kan berpuasa pada semua bln-bln haram yg empat, yg paling utama bln Muharram, lalu Rajab, lalu Zulqaedah, lalu Zulhijjah.”

Pernyataan serupa boleh dilihat pula dlm kitab al-Fawakih al-Dawani (2/272), Kifayah al-Thalib al-Rabbani (2/407), Syarh al-Dardir ‘ala Khalil (1/513) dan al-Taj wa al-Iklil (3/220).

Mazhab Syafie: Imam al-Nawawi berkata dlm kitab al-Majmu’ Syarh alMuhazdzab (6/439),

قال الإمام النووي في المجموع 6/439 : ( قال أصحابنا 

: ومن الصوم المستحب صوم الأشهر الحرم , وهي ذو 

القعدة وذو الحجة والمحرم ورجب , وأفضلها المحرم , قال 

الروياني في البحر : أفضلها رجب , وهذا غلط ; لحديث 

أبي هريرة الذي سنذكره إن شاء الله تعالى { أفضل 

الصوم بعد رمضان شهر الله المحرم ) اه

“Teman2 kami (para ulama mazhab Syafie) berkata: “Di antara puasa yg disunat kan adalah puasa bln2 haram, iaitu Zulqaedah, Zulhijjah, Muharram dan Rajabdan yg paling utama adalah Muharram. Al-Ruyani berkata dlm al-Bahr: “Yg paling utama adalah bln Rajab”. Pendpt al-Ruyani ini keliru, krn hadis Abu Hurairah yg akan kami sebutkan berikut ini insyaAllah (Puasa yg paling utama stlh Ramadan adalah puasa bln Muharram)”.

Pernyataan serupa dpt dilihat pula dlm Asna al-Mathalib (1/433), Fatawa al-Kubra al-Fiqhiyyah (2/53), Mughni alMuhtaj (2/187), Nihayah alMuhtaj (3/211) dll.

Mazhab Hanbali: Ibnu Qudamah al-Maqdisi berkata dlm kitab alMughni (3/53):

قال ابن قدامة في المغني 3/53 فصل : ويكره إفراد رجب 

بالصوم . قال أحمد : وإن صامه رجل , أفطر فيه يوما أو 

أياما , بقدر ما لا يصومه كلهقال أحمد : من كان 

يصوم السنة صامه , وإلا فلا يصومه متواليا , يفطر فيه 

ولا يشبهه برمضان ) اه

“Pasal. Dimakruhkan mengkhususkan bln Rajab dgn ibadah puasa. Ahmad bin Hanbal berkata: “Apb seseorg berpuasa Rajab, maka berbukalah dlm satu hari atau beberapa hari, sekiranya tidak berpuasa penuh satu bln.” Ahmad bin Hanbal juga berkata: “Org yg berpuasa satu tahun penuh, maka berpuasalah pula di bln Rajab. Kalau tidak berpuasa penuh, maka jgnlah berpuasa Rajab terus menerus, dia berbuka di dlmnya dan jgn menyerupakannya dgn bln Ramadan.”

Ibnu Muflih berkata dlm kitab al-Furu’ (3/118):

وفي الفروع لابن مفلح 3/118 : ( فصل : يكره إفراد 

رجب بالصوم نقل حنبل : يكره , ورواه عن عمر وابنه وأبي 

بكرة , قال أحمد : يروى فيه عن عمر أنه كان يضرب على 

صومه , وابن عباس قال : يصومه إلا يوما أو أياما … 

وتزول الكراهة بالفطر أو بصوم شهر آخر من السنة , قال 

صاحب المحرر : وإن لم يله

“Pasal. Dimakruhkan mengkhususkan bln Rajab dgn berpuasa. Hanbal mengutip: “Makruhdan meriwayatkan dari Umar, Ibnu Umar dan Abu Bakrah.” Ahmad berkata: “Memuku seseorg krn berpuasa Rajab”. Ibnu Abbas berkata: “Sunat berpuasa Rajab, kecuali satu hari atau beberapa hari yg tidak berpuasa.” Kemakruhan puasa Rajab boleh hilang dgn berbuka (satu hari atau beberapa hari)atau dgn berpuasa pada bln yg lain dlm tahun yg sama. Pengarang alMuharrar berkata: “Meskipun bln tersebut tidak bergandingan.”

No comments:

Post a Comment