Puasa adalah termasuk ibadah yg sgt besar pahalanya, terlebih puasa di bln Ramadan yg tak lain adalah puasa wajib. Dlm hal melaksanakan ibadah wajib tentu ada perkara sunat yg kesannya adalah menyempurnakan apa yg ada pada ibadah wajib tersebut. Berikut ini adalah amalan sunat yg ada pada puasa dari amalan ilmu fiqh:
1. Mempercpt buka puasa, hal ini dilakukan apb kita sudah yakin akan masuk nya waktu Maghrib. Sekiranya kalau masih ragu akan masuknya waktu Maghrib maka wajib bagi kita utk menunda waktu berbuka smpi benar2 yakin, hal ini tak lain dilakukan sbg langkah berhati2 agar puasa kita tidak batal.
2. Makan sahur walaupun dgn seteguk air. Hikmahnya adalah agar kita kuat di saat berpuasa, sdgkan waktunya dimulai dari tengah mlm.
3. Mengakhirkan sahur, sekiranya dkt dgn waktu subuh dan sunat imsak (berhenti makan) seblm subuh dgn kadar bacaan 50 ayat atau 15 minit.
4. Berbuka dgn kurma muda dlm bilangan ganjil, kalau tidak kurma muda maka berbukalah dgn kurma tua, kalau Tiada maka dahulukan dgn air zam-zam atau air madu, kismis atau makanan yg manis2.
5. Membaca doa buka puasa, iaitu:
“اَللَّهُمَّ لَكَ صُمْتُ وَبِكَ آمَنْتُ وَعَلىَ رِزْقِكَ أَفطَرتُ،
ذَهَبَ الظَّمَأُ وَابتَلَّتِ العُرُوقُ وَثَبَتَ الأَجرُ
إِن شَاءَ اللَّهُ. اَلحَمدُ لِلَّهِ الَّذِي أَعَانَنِي فَصُمتُ وَرَزَقَنِي
فَأَفطُرتُ، اَللَّهُمَّ إِنِّي أَسئَلُكَ بِرَحمَتِكَ الَّتِي
وَسِعَت كُلَّ شَيءٍ أَن تَغفِرَ لِي”.
روى أوله أبو داود وأخره ابن السني.
“Ya Allah hanya krnmu kami berpuasa, hanya padamu kami beriman dan dgn riskimu kami berbuka. Dahaga telah hilang, urat2 (kerongkongan) telah basah dan pahala akan ttp InsyaAllah. Segala puji bagi Allah yg telah memberikan pertolongan sehingga aku boleh berpuasa kemudian Ia memberiku rezeki sehingga aku dpt berbuka, Ya Allah sesungguhnya aku meminta kpdMu dgn luasnya RahmatMu agar engkau mengampuniku”. Hadis yg dari awal diriwayat kan oleh Abu Daud sdgkan yg akhir oleh Ibnu As-Sunni. Kemudian berdoa sesuka hatinya.
6. Memberi buka bagi org yg berpuasa, krn hal ini pahalanya sgt besar sbgmn disebutkan dlm Hadis:
“من فطر صائما كان له مثل أجره غير أنه لا ينقص من
أجر الصائم شيئا”.
رواه الترمذي وصححه وابن ماجه وابن خزيمة وابن حبان.
“Brgsiapa yg memberi buka pada org ya berpuasa maka ia mendptkan pahala yg sama dgn org tersebut, hanya saja pahala org yg berpuasa tersebut tidak berkurang sedikitpun”. HR Tirmizi, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban.
7. Mandi dari hadas junub seblm subuh agar memulai puasanya dlm keadaan suci.
8. Mandi setiap mlm selama Ramadan stlh maghrib agar bersemangat utk qiyamullail.
9. Sentiasa utk melakukan solat Tarawih dari awal smpi akhir Ramadan, Rasulullah saw bersabda:
“من قام رمضان إيمانا واحتسابا غفر له ما تقدم من
ذنبه”. راه الباخاري ومسلم، رالمقصود بقيام رمضان :
صلاة التراويح.
“Brgsiapa yg melakukan Qiyam Ramadan krn iman dan penuh harap (pahala dari Allah), maka ia akan diampuni dari dosanya yg lalu”. HR Bukhari dan Muslim. Yg dimaksud Qiyam Ramadan adalah solat Tarawih.
10. Sentiasa melakukan solat witir dlm solat witir di bln Ramadan ada 3 kekhususan iaitu:
a. Disunatkan dilakukan dgn berjamaah.
b. Disunatkan Jahr (membaca Surah/Ayat Al-Quran dgn bersuara jelas).
c. Disunatkan Qunut di pertengahan akhir Ramadan.
11. Memperbnyk bacaan Al-Quran dgn Tadabbur (renungan).
12. Memperbnyk melakukan hal-hal sunat spt solat Rawatib Qobliyah dan Badiyah, solat Dhuha, solat Tasbih dll.
13. Memperbnyk amalan baik spt sedekah, menyambung tali Silaturahim, hadir Majlis Ilmu, Iktikaf, mendktkan diri kpd Allah dgn menjaga hati dan anggota badan dan membaca doa-doa yg dianjurkan.
14. Bersungguh2 menggapai Lailatul Qadar di 10 akhir Ramadan terkhususnya lagi di hari2 ganjil.
15. Berusaha utk berbuka puasa dgn yg halal.
16. Lebih dermawan kpd keluarga.
17. Meninggalkan hal-hal yg melalaikan begitu juga cacian, kalau sdg dicaci seseorg ingatlah bahawa kita sdg berpuasa.
No comments:
Post a Comment