Saturday, January 18, 2014

KEAJAIBAN SEDEKAH

Al- Quran (Surah Al Baqarah: Ayat 267)

"Hai orang-orang yang beriman, nafkahkanlah (di jalan Allah) sebahagian dari HASIL USAHAMU YANG BAIK-BAIK dan sebagian dari apa yang Kami keluarkan dari bumi untuk kamu. Dan JANGANLAH KAMU MEMILIH YANG BURUK-BURUK lalu kamu nafkahkan dari padanya, padahal kamu sendiri tidak mau mengambilnya melainkan dengan mengecilkan mata terhadapnya. Dan ketahuilah, bahawa Allah Maha Kaya lagi Maha Terpuji."

Allah adalah MAHA MENEPATI JANJI, dan apa yang tertulis di Al Quran adalah apa yang langsung diserukan Allah kepada hambaNya. Adalah sebuah kerugian besar jika kita tidak yakin akan perkataan langsung Allah tersebut. 

Coba anda baca dan renungkan apa yang langsung diserukan Allah tentang sedekah di bagian bawah ini:

Al-Quran (Surah Al Baqarah: Ayat 245)

"Siapakah yang mau memberi pinjaman kepada Allah, pinjaman yang baik (menafkahkan hartanya di jalan Allah), MAKA ALLAH MELIPAT GANDAKAN PEMBAYARAN KEPADANYA DENGAN LIPAT GANDA YANG BANYAK. Dan Allah menyempitkan dan melapangkan (rezeki) dan kepadaNyalah kamu dikembalikan."

Dalam ayat ini Allah dengan jelas mengatakan akan melipat gandakan, DENGAN LIPAT GANDA YANG BANYAK bagi siapa saja yang gemar sedekah. Di akhir kalimat ditekankan bahwa hanya Allah lah yang dapat melapangkan atau menyempitkan rezeki makhluk ciptaanNya.

Al-Quran (Surah Al Baqarah: Ayat 261)

"Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan oleh) orang-orang yang menafkahkan hartanya di jalan Allah adalah serupa dengan sebutir benih yang menumbuhkan tujuh butir biji benih, pada tiap-tiap butir biji benih: seratus biji benih. Allah melipat gandakan (ganjaran) bagi siapa yang Dia kehendaki. Dan Allah Maha Luas (kurniaNya) lagi Maha Mengetahui."

Dalam ayat ini Allah secara jelas menyebut perhitungan matematik saat kita mengeluarkan hartanya untuk sedekah. Jika menurut perhitungan matematik itu bererti sedekah kita akan dibalas hingga 700 kali lipat! Di akhir ayat Allah menekankan akan membalas sedekah itu bagi siapa yang Dia kehendaki.

Al-Quran (Surah Al Baqarah: Ayat 274)

"Orang-orang yang menafkahkan hartanya di malam dan di siang hari secara tersembunyi dan terang-terangan, maka mereka mendapat pahala di sisi Tuhannya. Tidak ada kekhuatiran terhadap mereka dan tidak (pula) mereka bersedih hati."

Dalam ayat ini Allah menjanjikan bagi siapa saja yang mau bersedekah, Allah akan memeliharanya dari segala bentuk kekhuatiran dan segala bentuk kesedihan. 

Al-Quran (Surah An Nisaa: Ayat 114)

"Tidak ada kebaikan pada kebanyakan bisikan-bisikan mereka, kecuali bisikan-bisikan dari orang yang menyuruh (manusia) memberi sedekah, atau berbuat makruf atau mengadakan perdamaian di antara manusia. Dan barang siapa yang berbuat demikian karena mencari kereddaan Allah, maka kelak Kami memberi kepadanya pahala yang besar."

Berdasarkan Firman Allah melalui Surah An Nisa di atas dengan harapan dapat membuka hati saya hati anda dan hati setiap orang yang membuka dan membaca web ini untuk mau dengan ikhlas bersedekah kepada orang dan mau menebarkan semangat sedekah pada orang lain. Allah menjanjikan pahala yang besar bagi siapa yang mau mengajak sedekah orang lain. 

Allah sendiri telah menjanjikan, jika manusia mahu bersedekah, maka Allah pasti akan menggantikannya dengan jumlah sekecil 10 kali ganda dan ini ada dasar hukumnya iaitu tertulis dalam Al-Quran (Surah ke 6: ayat ke 160) di mana Allah menjanjikan balasan 10 kali ganda bagi mereka yang mau berbuat baik. Bahkan dalam Al-Quran (Surah ke 2: ayat ke 261) Allah menjanjikan balasan sehingga 700 kali ganda.

Seorang Ustaz ternama Yusuf Mansur bahkan memberikan gambaran mengenai hitungan sedekah dengan nama Matematik Sedekah, sungguh sangat berbeza dengan ilmu kira-kira yang dulu pernah kita belajar di sekolah.

Beliau memberikan pandangannya sebagai yang berikut:

10 - 1 = 9 (ini ilmu kira-kira biasa kita terima di sekolah dulu)

Tetapi ilmu Matematik Sedekah adalah seperti berikut:

10 - 1 = 19 (ini menggunakan dasar bahawa Allah membalas 10 kali lipat pemberian kita)

Kalau kita teruskan pengiraan maka kita akan bertemu dengan ilustrasi seperti yang berikut ini:

10 - 2 = 28
10 - 3 = 37
10 - 4 = 46
10 - 5 = 55
10 - 6 = 64
10 - 7 = 73
10 - 8 = 82
10 - 9 = 91
10 - 10 = 100

Sungguh menarik, lihatlah hasil akhirnya. Kita tinggal mendarabkannya dengan angka 10, berapa pun yang kita sedekah dengan ikhlas kepada orang lain yang memerlukan bantuan kita. Ingatlah balasan 10 kali ganda dari Allah itu adalah balasan yang paling sedikit. Dan kita pakai balasan dari Allah yang paling sedikit itu lah sebagai acuan untuk mengira iaitu 10 kali ganda, tidak perlu mengira yang 700 kali ganda nanti mesin kira anda rosak.

Tapi hebatnya mesin kira Allah mampu mengira semua amal yang makhluknya lakukan. Oleh kerana itu kita perlu merasa rugi besar jika kita hanya mengeluarkan sedekah dengan jumlah yang kecil. Semakin banyak bersedekah maka pasti semakin banyak yang Allah gantikan kemudian, tinggal kita yang mau membuka mata dan hati bahawa pengembalian Allah dalam bentuk apa saja. 

Allah berfirman,"Aku adalah sebagaimana yang diprasangka hambaKu kepadaKu". Oleh kerana itu selalu lah berprasangka baik kepada Allah maka Allah akan dengan serta merta menunjukkan keMahaBaikkanNya kepada kita. Allah pasti membalas kebaikkan kita dengan balasan yang setimpal dengan amalan kita.

Rasulullah s.a.w pernah berkata, bahawa setiap masuk pagi akan ada dua malaikat mengajukan permohonan mereka kepada Allah s.w.t. Malaikat pertama berdoa: "Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang menginfaqkan hartanya." Yang kedua berdoa "Ya Allah jadikanlah semakin tak punya orang yang kedekut terhadap hartanya".

Bercakap mengenai balasan dari Allah atas sedekah atau infaq yang telah kita keluarkan, sungguh kita memerlukan keyakinan yang sempurna bahawa Allah akan mengganti dengan berlipat-lipat dari arah yang tak pernah kita sangka-sangka sebelum ini. Bukankah Allah sesuai dengan prasangka hambaNya? Berikut adalah sekelumit pengalaman dari seorang teman yang mudah-mudahan bermanfaat untuk kita semua:

"Saya sekeluarga sejak beberapa bulan lalu belajar menguatkan keyakinan bahawa Allah akan menggantikan yang lebih baik bagi orang yang menginfaqkan hartanya. Dan dengan pengharapan yang besar kepada Allah bahawa Dia pasti akan memenuhi janjinya tanpa menunggu waktu yang lama. Saya dan isteri juga mulai belajar merutinkan sedekah baik di kala lapang mahupun sempit. 

Dengan nilai besar atau kecil, dengan menghadiahkan orang tua atau saudara mara. Meskipun tidak seberapa namun kami belajar untuk mengasah keikhlasan semata-mata kerana Allah dan dengan itu jalan menyisihkan infaq untuk fi sabillilah. Subhanallah, keyakinan itu semakin kuat dan janji Allah demikian nampak jelas dan salah satunya adalah pada aksi solidaritas Palestin untuk warga Gaza yang lalu.

Saya dan isteri memang orang yang mempunyai pekerjaan tetap dan bergaji bulanan. Beberapa penghasilan dari usaha lain sementara tidak kami masukkan ke dalam penghasilan keluarga dan kami menghidupkan keluarga dengan gaji bulanan tersebut saja. Oleh kerana itu kejadian wang habis sebelum gaji berikutnya sudah menjadi lumrah dan biasa tapi kami tidak putus asa bahkan semakin kami bersemangat untuk menginfaq sekaligus menguatkan keyakinan terhadap janji-janji Allah.

Pada saat aksi Palestin 27 Januari yang lalu, keadaan poket keluarga memang sangat kurang. Baru 3 hari terima gaji cuma beberapa puluh ringgit saja yang tinggal, bukan kerana perbelanjaan tetapi sebahagian besar diambil untuk mengembangkan usaha sampingan kami. Sebahagian kecil sudah pun dibelanjakan untuk anak kecil kami yang sudah menginjak usia 10 bulan. Namun atas dasar simpati saudara seiman di Gaza, kami sekeluarga berangkat dengan semua bekalan yang masih tersisa termasuk beberapa lembar wang kertas di dalam seluar. Sayangnya jumlah tersebut tak cukup malahan untuk makan minum pun belum tentu lepas.

Tapi saya sudah meniatkan untuk menginfaqkan sebahagian dari wang yang cukup berharga tersebut yang isteri saya ragu ragu pada awalnya mengingat sudah tiada apa lagi yang ada pada kami dan gaji masih jauh. Namun saya yakinkan isteri bahawa Allah pasti akan menggantikan dengan jumlah yang lebih banyak lagi apalagi bersedekah ketika kita sendiri sangat sempit pasti Allah tidak akan membiarkan begitu saja.

Maka wang infaq itu saya letakkan di tangan anak saya sebagai pendidikan latihan pertama untuknya agar kemudian hari akan ringan tangan dan hati untuk bersedekah dan wang tersebut diserahkan kepada petugas pungutan untuk Gaza. Kami pun pulang dengan hati yang tenteram dan penuh kesyukuran dan berserah diri kepada Allah dan semoga sedikit rezeki yang kami infaqkan akan dapat memberi manafaat untuk anak-anak Gaza yang teraniaya dan tak mampu membeli susu.

Janji Allah itu tak pernah meleset dan ingkar, Allah memenuhi janjiNya dengan cara-caraNya sendiri. Belum genap 24 jam semenjak aksi itu, dari arah yang tidak disangka-sangka, melalui tangan isteri, Allah s.w.t memberikan ganti sejumlah wang yang sama persis dngan nilai wang yang kami sedekahkan sehari sebelumnya. Saat isteri menyampaikan khabar itu, mata saya berkaca-kaca. "Subhanallah, Engkau Maha menepati janji ya Allah". Hati saya bergemuruh, bukan kerana wang yang kami terima itu tetapi kerana untuk pertama kalinya bagi kami, Allah memenuhi janjiNya sepantas kilat.

Tidak sampai di situ, dari wang itu kami pun sepakat untuk sedekahkan sebahagiannya. Subhanallah, 10 hari kemudian kembali lagi melalui tangan isteri, pun melalui jalan yang tidak disangka-sangka Allah menggantikannya. Kali ini 7 kali ganda dari yang kami sedekahkan kali kedua itu. Dengannya kami pun sedekahkan lagi sebahagian dari yang 7 kali ganda tu dan 2 hari berikutnya Allah yang Maha Kaya menggantikannya dengan 10 kali ganda dari sedekah ketiga kami. 

Padahal biasanya kami hanya menerima gaji tetap bulanan saja yang tak mungkin bertambah di tengah jalan. Memang Allah benar-benar mengganti sedekah hambaNya dengan berlipat-lipat kali ganda kerana keberkatannya. Bahkan dipagi ini saya mendapatkan khabar gembira melalui telefon dari seorang kenalan yang bekerjasama mengelolakan syarikat baru yang saya usahakan bahawa syarikat baru itu sudah menunjukkan keuntungan yang memberangsangkan. Alhamdullilah.

Terima kasih Ya Rabbana, mudah-mudahan Engkau menganugerahkan kepada kami dan saudara-saudara kami rezeki yang melimpah lagi berkat supaya kami boleh kembali bersedekah dengan lebih banyak untuk yang lain yang Engkau uji dengan kekurangan harta dan ketakutan seperti di Gaza. Ya Allah, sayangi dan kasihilah saudara-saudara kami yang terainaya di seluruh dunia dengan kuasaMu. Lindungi lah selamatkanlah mereka dari orang-orang yang zalim lagi ainaya. 

Ya Allah Zat yang Maha Perkasa, kami beriman atas janji-janjiMu dan semakin kuat atas keyakinan kami bahawa iman, ukhwah dan rezeki di tangan hambaMu tidak pernah Engkau sia-siakan. Engkau pasti bersama kami dengan keimanan kami dan Engkau pasti menjadi Penolong kami dengan persaudaraan kami. Tidak ada nilai yang kecil di sisi Engkau, ketika sedekah ini dibalut dengan keikhlasan dan cinta atas namaMu Ya Allah."

No comments:

Post a Comment