Monday, March 2, 2015

BAYAN SUBUH MAULANA SAAD

(27 September 2017). Perintah Allah yang terbesar adalah iman. Sebagaimana solat, puasa, zakat, haji merupakan perintah Allah swt.

Hari ini umat Islam belajar mengamalkan agama tetapi tidak belajar iman, justeru itu tiada keikhlasan serta tiadanya sifat ihtisab ketika mereka mengerjakan amal. Sedangkan iman tersebut harus dipelajari sebagaimana iman harus dipelajari. Justeru itu, Nabi saw telah mengajarkan iman kepada para sahabatnya dengan mengadakan majlis iman untuk mendidik keimanan para sahabatnya.

Begitu juga umat Islam hari ini menyangka bahawa dakwah keimanan hanyalah untuk orang-orang kafir sahaja. Sedangkan orang beriman tidak perlu belajar iman. Hakikatnya dakwah untuk orang kafir syiarnya adalah "aslim taslam"sementara syiar dakwah untuk orang beriman adalah "ya ayyuhallazina aamanu aminu"hai orang beriman berimanlah kamu!.

Yang dimaksudkan dengan iman di sini adalah meyakini perkara yang ghaib, dengan menafikan musyahadah iaitu perkara yang nampak dan mengisbatkan maghibaat (perkara ghaib) di saat kita belajar iman kita kena menafikan potensi akal kita begitu juga musyahadah kita.

Kalau seandainya seseorang beriman kepada perkara ghaib setelah menyaksikannya secara musyahadah maka iman tersebut tidak lagi bermanfaat. Orang-orang kebanyakan mereka akan beriman setelah menyaksikan azab Allah swt dengan mata kepala mereka, maka iman mereka tertolak.

Seandainya kita menggunakan akal sebelum beriman maka kita akan mengukur perkara tersebut mengikut asbab dan pengalaman kita akhirnya keyakinan tersebut pasti akan hilang. Hakikat sebenarnya yang dimaksudkan dengan iman itu adalah mempercayai khabar berita yang disampaikan oleh para Nabi as tanpa menggunakan logik akal manusia.

Mengapa demikian? kerana akal manusia terlalu lemah untuk mengukur maghibaat (perkara ghaib). Para ulamak mengatakan bahawa perbandingan antara akal yang Allah swt kurniakan kepada baginda saw dengan akal yang Allah swt berikan kepada seluruh manusia adalah 99 berbanding satu iaitu 99 akal diberikan kepada Nabi saw sementara seluruh manusia hanya diberikan satu akal oleh Allah swt.

Hari ini manusia menggunakan akal yang lemah tersebut untuk mengukur sunnah Rasulullah saw dengan mengatakan bahawa sunah-sunah ini tak sesuai di amalkan di zaman ini. Mereka hanya akan mengamalkan sunnah bila mereka mengetahui hikmahnya. Padahal manfaat dari satu sunnah Rasulullah saw saja tak mampu difikirkan oleh akal fikiran manusia. Bahkan seluruh umat ini jika dibandingkan dengan Nabi saw adalah seperti seorang yang buta dengan seorang seorang yang celik. Yang buta itu umat dan yang celik itu Nabi saw

Peristiwa Israk dan Mikraj merupakan detik dimana Allah swt menguji keimanan para hambanya. Nabi saw menceritakan dihadapan kaum Quraish bahawa malam semalam saya telah menjalani sebuah perjalanan ke Baitul Maqdis, perjalanan berbulan lamanya dintempuhi dalam tempoh beberapa minit saja oleh Nabi saw dan Malaikat Jibril as. Yang lebih ajaib dari itu adalah perjalanan dari Baitul Maqdis ke Arash Allah swt ditempuhi dalam sebahagian masa dari satu malam.

Apabila peristiwa ini di ukur dengan neraca keimanan maka kejadian ini boleh meningkatkan iman mereka kepada Allah swt, sebaiknya kejadian ini kalau di timbang dengan neraca akal maka kita akan menafikan peristiwa tersebut.

Oleh itu, di saat mendengar cerita Israk Mikraj mereka yang mengukur kejadian tersebut dengan neraca keimanan seperti Abu Bakar ra beliau mengatakan bahawa seandainya yang menyampaikan berita ini adalah Nabi saw maka jika peristiwanya lebih hebat dari ini pun aku akan tetap mempercayainya.

Sebaliknya orang yang mengukurnya dengan neraca akal maka mereka akan menafikannya. Bahkan di saat Nabi saw menceritakan perihal Masjid Baitul Maqdis serta kafilah-kafilah yang dilihat oleh Nabi saw pada malam tersebut maka akhirnya golongan yang bertuhankan akal akan mengatakan bahawa Nabi saw seorang tukang sihir, kerana bagi mereka sesuatu yang menyalahi asbab tak mungkin akan terjadi.

No comments:

Post a Comment