Monday, March 2, 2015

TIPS UTK KHURUJ KE NEGARA JAUH

Kata amirsab jemaah Hyderabad aritu yg sudah acap kali keluar/khuruj baironi (luar negara), ada beberapa amalan jika seseorang yg niat utk khuruj negara jauh supaya mudah dimaqbulkan. 

Antaranya,

1). Buat NIAT/azam dgn tetapkan tarikh serta tafakud dgn syura negeri/Msia dan bentuk jemaah melalui mesyuarat.

2). Buat kerja 5 AMAL MASJID di mohalla sendiri dgn sungguh2 (bykkan dakwah kebesaran Allah)

3). Banyakkan kerja USULI. Usuli akan terjadi bila kerja harian (door to door) berjalan dgn baik sehingga jemaah2 cash dapat dikeluarkan.

4). Banyakkan SOLAT terutamanya solat taubat dan hajat tiap2 hari. Yg terbaik ketika tahajjud.

5). Sentiasa DOA kpd Allah agar dipilih dan dipermudahkan segala urusan. Terbaik ketika lepas gash dan dlm solat tahajjud. Juga baik jika disertakan dgn amalan sadaqah dan puasa sunat.

Inilah amalan yg dinasihatkan oleh Maulana Saad DB kpd beliau suatu ketika dulu. Alhamdulillah, kini beliau telah dipilih oleh Allah utk khuruj ke negara jauh sebanyak 14 kali. MasyaAllah. Sering menjadi persoalan utk keluar ke negara jauh adalah tentang ongkos/belanja (duit). Ya, mmg duit atau belanja diperlukan. Tetapi itu bukan syarat utama. Syarat paling utama adalah AMAL, bukan MAAL (harta). 

Satu karkuzari. Satu jemaah telah dibentuk dari sebuah markaz (tak nak sebut mana) dan route jemaah mereka telah dicadangkan ke USA dan belanja yg perlu adalah sebyk RM10 ribu. Setelah jemaah dibentuk, mereka pulang ke mohalla masing2 dgn harapan persiapan dibuat, kerana tarikh mereka keluar ada masa 2-3 bulan lagi.

Selang 2 bulan, syura markaz negeri telah meminta jemaah ni berkumpul di markaz utk tafakud dan kemudian pergi ke Sri Petaling (SP) utk tafakud dgn Syura Msia (SM). Maka mereka pun bertolak ke SP di SP, mereka ditafakud seorang demi seorang oleh SM.

Bila seorg pakcik (org kampung) dlm jemaah ni ditanya oleh SM tentang bbrapa soalan mengenai usaha maqami, beliau kata yg beliau ada buat tapi tak berapa sangat (biasa2 je). Kemudian pakcik tu ditanya tentang persiapan belanja utk ke negara jauh pula. SM tanya "Berapa yg tuan dah siapkan?"Dia jawab "Takde amirsab, saya cuma ada RM1.50 dlm kocek saya. Saya ke mari pun jemaah saya yg uruskan. Sy takde duit"sambil menangis teresak-esak.

Kemudian SM berkata, “Takpe pakcik. Pakcik balik dulu dan buat persiapan tapi betul ke yg pakcik ni nak kluar negara jauh?"Pakcik terus menjwb "Iya!! Saya betul2 nak kluar, amirsab...". SM beritahu kpd pcik tu lagi "Pkcik balik dulu tapi balik ni pkcik buat kerja maqami sungguh2. Hari2 buat dakwah. Hari2 pergi buat dakwah rumah ke rumah. Mlm hari, bangun tahajjud dan doa. InsyaAllah, nanti Allah mudahkan pakcik"Pcik tu pun angguk2 dan berlalu pergi.

Pakcik tu balik ke mohalla dia dgn semangat yg berkobar2. Hari2 dia buat dakwah rumah ke rumah dan tiap malam bangun tahajjud dan doa sungguh2. Selama 2 minggu dia buat kerja mcm tu, sehingga isteri pakcik tu pelik tapi menyokong usaha beliau.

Satu hari ketika dia nak ke masjid utk solat Zohor, dtg posmen naik motor menghantar surat ke rumahnya. Isterinya yg nampak posmen letak surat di posbox telah meminta pkcik ambil surat tu sblm pergi masjid. Pakcik tu kata “Alaah, nanti la lps zohor kan boleh"Isterinya mcm tak sedap hati dan berkata "Alaa bapaknya, ambik la surat tu dulu, tengok apa isinya, mana tau ada hal penting..."

Pakcik pun letakkan motornya semula dan ambil surat dlm posbox. Bila dibuka surat tu, ada sekeping cek atas nama dia bernilai RM15k!! Akhirnya duit RM10k dibawa utk belanja neg jauh dan RM5k utk belanja rumah keluarganya dan dengar cerita, pakcik tu pun dah khuruj ke negara jauh, tapi routenya telah diubah oleh Nizamuddin dari USA ke negara lain yg saya tak pasti. Moga Allah beri faham kpd kita semua utk amal dan sampaikan.

No comments:

Post a Comment