Saturday, January 12, 2013

CARA RASAULULLAH SAW DUDUK

Duduk Qurfusu/Qurfasha ini adalah salah satu cara duduk Rasulullah SAW. Cara duduk ini juga digunakan ketika di masjid, ketika bersama keluarga dan ketika bersama para sahabat kerana kebiasaan Baginda Nabi SAW walaupun duduk terlalu lama, Rasulullah SAW tidak pernah menjulurkan kakinya ke arah sahabatnya dan ke arah kiblat. 





Qailah binti Makhramah r.a meriwayatkan: “Ia (Qailah) melihat Rasulullah S.A.W di masjid sedang duduk Qurfasha. Qailah berkata “Manakala aku melihat Rasulullah S.A.W sedang duduk dengan khusyuk, Maka aku pun dibawa perasaan gementar”. (HR At-Tirmizi Abu Daud dan Bukhari)

Dari Abu said al-kudhri R.a meriwayatkan: “Di dalam masjid Rasulullah S.A.W duduk memeluk lutut dengan keadaan punggung kakinya diikat dengan baju”. (HR Imam Baihaqi) 

Namun cara duduk ini dilarang oleh Rasulullah SAW ketika mendengar khutbah jumaat , Kebiasaan bila Rasulullah SAW duduk dengan cara ini bila berada di dalam masjid, Baginda sedang berzikir dan dalam keadaan yang kusyuk. 

Cara duduk Qurfusu/Qurfasha ini ramai diamalkan oleh ramai para habaib, Ulama, tabligh dan Jemaah di Yaman. Kebaikannya adalah untuk menjaga tulang belakang dan mengelakkan rasa lenguh dan kebas dengan menggunakan kain bagi menampung bahagian belakang badan kita. Bila kita duduk terlalu lama di lantai sudah pasti kadang kita kadang merasa lenguh dan kebas. Maka cara inilah digunakan untuk seseorang itu boleh berzikir, bersembang dan lainya dengan tenang tanpa rasa lenguh. 

*Duduk Qurfusu yang tepat adalah pada gambar pertama dan ketiga. 

Cuma kadang ianya ditukarkan dengan duduk bersila di lantai untuk memberi atau mendengar kuliah tanpa bersandar bagi menjaga adab kita bila berada di depan guru dan membolehkan kita duduk dalam bersila dengan lama. Namun ianya tiada menjadi masalah kerana duduk bersila juga adalah salah satu cara Rasulullah S.A.W duduk.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment