Ketika diangkat sebagai khalifah, tepat sehari sesudahnya Abu Bakar r.a. terlihat berangkat ke pasar dengan barang dagangannya. Umar kebetulan bertemu dengannya di jalan dan mengingatkan bahwa di tangan Abu Bakar sekarang terpikul beban kenegaraan yang berat.
"Mengapa kau masih saja pergi ke pasar untuk mengelola perniagaan? Sedangkan negara mempunyai begitu banyak permasalahan yang harus dipecahkan…" ujar Umar. Mendengar itu, Abu Bakar tersenyum "Untuk mempertahankan hidup keluarga, maka aku harus bekerja" jawabnya singkat.
Kejadian itu membuat Umar berpikir keras. Maka beliau pun, bersama sahabat yang lain bermesyuarat dan menghitung pengeluaran rumah tangga khalifah sehari-hari. Tak lama, mereka menetapkan gaji tahunan 2,500 dirham untuk Abu Bakar dan kemudian secara bertahap kemudiannya ditingkatkan menjadi 500 dirham sebulan.
Meskipun gaji khalifah sebesar itu, Abu Bakar tidak pernah mengambil seluruhnya gajinya. Pada suatu hari isterinya berkata kepada Abu Bakar "Aku ingin membeli sedikit manisan” Abu Bakar menyahut, "Aku tidak memiliki wang yang cukup untuk membelinya” Isterinya berkata, "Jika engkau izinkan, aku akan mencuba untuk berjimat wang belanja kita sehari-hari, sehingga aku dapat membeli manisan itu”. Abu Bakar menyetujuinya.
Maka mulai saat itu isteri Abu Bakar menabung sedikit demi sedikit, menyisihkan wang belanja mereka setiap hari. Beberapa hari kemudian wang itu pun terkumpul untuk membeli makanan yang diinginkan oleh isterinya. Setelah wang itu terkumpul, isterinya menyerahkan wang itu kepada suaminya untuk dibelikan manisan tersebut.
Namun Abu Bakar berkata, "Nampaknya dari pengalaman ini, ternyata wang gaji yang kita perolehi dari Baitul Mal itu melebihi dari keperluan kita." Lalu Abu Bakar mengembalikan semula wang yang sudah dikumpulkan oleh isterinya itu ke Baitul Mal. Dan sejak hari itu, wang gaji beliau telah dikurangkan sejumlah wang yang dapat dijimat oleh isterinya.
Pada saat wafatnya, Abu Bakar hanya mempunyai sebuah kain alas tidur lama dan seekor unta, yang juga merupakan harta negara. Ini pun dikembalikannya kepada penggantinya, Umar bin Khattab. Umar pernah mengatakan, "Aku selalu saja tidak pernah mampu mengalahkan Abu Bakar dalam beramal soleh."
Namun terdapat satu riwayat mengatakan bahawa Syaidina Abu Bakar memilikki sebidang kecil tanah dekat rumahnya yang terdapat sebuah sumur yang bersih dan sedap airnya. Ini beliau milikki sebelum menjadi Khalifah lagi. Harta yang sedikit tapi bernilai ini (air sangat bernilai di Tanah Arab) juga telah diserahkan kepada Baitul Mal sebagai ganti gaji yang beliau terima sepanjang menjadi Khalifah. Membawa maksud beliau telah menjadi Khalifah tanpa digaji.
Beliau telah meninggalkan jejak yang tidak mampu diikuti oleh sesiapa pun di dunia ini sehingga sekarang.
No comments:
Post a Comment