Suatu hari ketika ‘Ali sedang berada dalam pertempuran, pedang musuhnya patah dan musuhnya terjatuh. ‘Ali berdiri di hadapan musuhnya itu dan meletakkan pedangnya ke arah dada orang itu.
Ali berkata, “Jika pedangmu berada di tanganmu, maka aku akan lanjutkan pertempuran ini, tetapi kerana pedangmu patah, maka aku tidak boleh menyerangmu.”
Musuhnya menjawab, “Kalau aku punya pedang saat ini, aku akan memutuskan tangan-tanganmu dan kaki-kakimu,”
“Baiklah kalau begitu,” jawab ‘Ali, Lantas dia menyerahkan pedangnya ke musuhnya itu.
Musuhnya kehairanan dan bertanya, “Apa yang sedang kamu lakukan”, Bukankah aku ini musuhmu? Mengapa kamu menyerahkan pedangmu?"
Ali memandang tepat mata musuhnya itu dan berkata, “Tadi Kamu bersumpah kalau memiliki sebilah pedang di tanganmu, Maka kamu akan membunuhku. Sekarang kamu telah memiliki pedangku, kerana itu majulah dan seranglah aku”.
Tetapi musuhnya itu hanya berdiam dan keberatan untuk menyerang Ali. Kerana dia masih terkejut dan merasa hairan.
Dan Saidina Ali pun berkata, “Itulah kebodohanmu dan kesombongan berkata-kata, di dalam agama Allah tidak ada perkelahian atau permusuhan antara kamu dan aku. Kita bersaudara. Perang yang sebenarnya adalah antara kebenaran dan kekurangan kepintaranmu. Iaitu antara kebenaran dan dusta. Engkau dan aku sedang menyaksikan pertempuran itu. Engkau adalah saudaraku. Jika aku menyakitimu dalam keadaan seperti ini, maka aku harus mempertanggungjawabkannya pada hari kiamat. Allah akan menanyakan hal ini kepadaku.”
“Inikah cara Islam?” Musuhnya itu bertanya.
“Ya,” jawab ‘Ali, “Ini adalah firman Allah, yang Mahakuasa Dan Maha Adil.”
Dengan secara tiba-tiba, Musuhnya itu bersujud di kaki Saidina Ali dan memohon untuk memeluk agama Islam. Dan Saidina ‘Ali pun Menyuruhnya mengikut apa yang dikatakan, “Tiada tuhan melainkan Allah.Dan Nabi Muhammad itu Rasul Allah.”
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment