Thursday, January 7, 2010

HAJI MAT LELA SAHABAT KARIB MAT KILAU

Sewaktu hayat Haji Mat Lela, beliau menyara diri dan keluarganya dengan mencari dan menjual batang nibung. Waktu dahulu permintaan batang nibung ni sangat tinggi untuk dijadikan kelong di laut. 

Pokok nibung yang telah ditebang oleh Haji Mat Lela, beliau akan mengumpulkan di satu tempat dan mengikat dengan tali untuk membawa sekaligus. Kerja ni boleh tahan rumit sebab batang nibung panjang dan berduri lepas tu keras. 

Pernah ada orang kampung mengintai Haji Mat Lela sebab teringin nak tahu macam mana Haji Mat Lela bawa balik batang nibung ke rumah. Alangkah terkejutnya dia sebab melihat Haji Mat Lela hanya memikul Batang Nibung yang besar dan berduri itu macam tiada apa. 

Haji Mat Lela bukan orang yang suka menunjuk kelebihannya. Beliau akan tunggu orang dah tak ada barulah dia akan pikul Batang Nibung tu. Mat Kilau pernah cerita pada anak muridnya di daerah Pekan ada seorang tua yang gagah dan orang tua yang dimaksudkan itu adalah sahabat karibnya Haji Mat Lela. Mereka berdua juga adalah pemakai "Buntat Embun”.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment