Thursday, January 7, 2010

KISAH SEDIH P.RAMLEE DI AKHIR HAYAT

Kacang Lupakan Kulit, 2 Syarikat yang naik mendadak atas karya dan bakat Pramlee dan 2 Syarikat ni lah jugak yang jatuhkan dan khianat dia. 

1). Jaafar Abdullah, Eksekutif Shaw Brothers keluar surat memberhentikan khidmat P.Ramlee atas arahan RunRun Shaw dan RunMe Shaw tulis, "Karya P.Ramlee tak bagus"

2). EMI menamatkan kontrak P.Ramlee, Mrs Devan berkata "Lagu P.Ramlee dah tak laku, orang tak beli". EMI Malaysia juga kata kontrak P.Ramlee adalah dgn EMI Singapura.

Harus diingat, P.Ramlee pulang ke Malaysia apabila Shaw Brothers yang suruh apabila pekerja Studio Jalan Ampas yang dibayar gaji amat rendah membentuk Union pekerja Melayu dan membuat banyak protes. Lee Kuan Yew arah Shaw Brothers ditutup untuk sekat union itu. Apa tujuan LKY?

EMI pula seolah tidak lagi mengenang jasa P.Ramlee. Seniman Agung ini telah memberikan pulangan yang sangat lumayan kepada EMI hasil dari ratusan lagu dan album P.Ramlee, Saloma dll. Kenapa perlu buang terus P.Ramlee? Ikon terbesar industri musik semasa itu? Bukankah kompilasi lagu P.Ramlee dan hasil lirik setta lagu P.Ramlee masih popular?

Itu lah dua punca daripada bidang lakonan dan lagu yang telah jatuhkan karier P.Ramlee. Ia adalah satu bentuk pengkhianatan. P.Ramlee adalah seorang pejuang seni yang berjuang memartabatkan budaya Melayu dalam filem dan lagu Melayu dalam nyanyian.

Tak cukup dengan itu, wartawan tempatan juga kerap memperlekeh usaha P.Ramlee pada ketika irama Pop Yeh Yeh, Blues, Rock dan Pop sedang meresap ke dalam jiwa anak bangsa. P.Ramlee terpaksa memboikot media yg sering memutarbelit kenyataannya.

Karyawan pula ramai dengki dan merasakan mereka lebih baik. Apabila P.Ramlee tubuhkan PERFIMA bersama HM Shah dan turut disertai Jaafar Abdullah, Jins Shamsuddin dan Salleh Ghani maka BOD putuskan bahawa P.Ramlee tak bagus sebagai pengarah filem kerana 'tiada kelayakan akademik’. Maka Jins Shamsuddin yg dilantik jadi Pengarah Filem kerana dia baru balik dengan sijil pengarahan filem dari London. Maka P.Ramlee dan HM Shah keluar dari PERFIMA. Segala usaha P.Ramlee dikhianati. 

Tiga bulan selepas itu, P.Ramlee menjadi bertambah stress apabila menerima saman mahkamah. Beliau menjadi penjamin atau guarantor kepada seorang kawan untuk satu pinjaman yang agak besar jumlahnya. 'Kawan' ini lesap, hilang begitu saja. P.Ramlee berhadapan tindakan mahkamah yang boleh menjatuhkan hukum muflis sedangkan P.Ramlee tidak ada wang untuk tebus diri. 

Semenjak itu beliau mula mengalami kemurungan dan kekecewaan yang amat sangat. Ditambah pula anaknya Nasir P.Ramlee kahwin di usia 19 dan keluar rumah. P.Ramlee kecewa dan marah kerana tidak bersetuju dengan perkahwinan itu. Beliau menjadi tidak terurus, tak bercukur sehingga hari kematiannya. Sedih, kecewa, stress bagai nak gila. 

Seminggu selepas menerima surat saman itu P.Ramlee meninggal dunia menjelang subuh 29 Mei, 1973 akibat serangan jantung. Sebelumnya beliau mengadu sakit dada dan dalam kesakitan sempat berpesan kepada Sazali “Jaga Mama baik-baik walau apapun yang terjadi”.

Masa hidup kena keji. Bila dah tiada baru la nak diberi penghargaan, disanjung dan dihargai. Ini la nasib Seniman Agung P. Ramlee yang ramai tidak tahu kerana ditutup media. Tapi satu benda yang dia patut berbangga andai dia diberi peluang untuk tahu apa yang berlaku selepas kematiannya ialah, filem-filem lakonannya masih ditonton oleh generasi demi generasi. 

Tontonlah berapa kalipun tak pernah jemu. Bahkan sering dijadikan perbandingan dengan filem-filem melayu sekarang. Tahniah P.Ramlee. Karya yang baik dan jujur serta datang dari hati selalunya memang takkan ditelan zaman. Evergreen!

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment