Thursday, January 7, 2010

PERKUATKANLAH AKIDAHMU

Biasalah fahaman wahabi mengkafirkan dan bid'ahkan amalan-amalan seperti berqosidah, maulid nabi, baca tahlil arwah, ziarah kubur, doa di kubur, wirid lepas solat, berselawat dan berzikir ramai-ramai, baca yassin malam jumaat, bacaan quran sebelum azan subuh dan banyak lagi.

Kerana fahaman bahaya inilah golongan wahabi telah banyak membentuk puak-puak ekstrimis seperti ISIS, Daesh, Al Qaeda, JI (jemaah Islamiyah) dan banyak lagi.

Kerana fahaman inilah maka mereka (golongan wahabi), telah menghalalkan darah umat Islam bahkan keturunan Rasulullah Saw. Sehingga berlaku pembunuhan tanpa haq, bom berani mati, pada mereka halal darah.

Kerana fahaman inilah Syiria, Iraq, Libya dan beberapa negara timur tengah hancur dan berpecah belah. Kerana fahaman inilah terpengaruhnya segelintir umat Islam mengkafirkan, menuduh syirik dan khurafat pada umat Islam yang lainnya. 

Kerana fahaman inilah menyebabkan pengeboman makam sahabat nabi, Makam imam nawawi, Imam Abu hanifah, perkuburan al-baqi. Menghancurkan makam keluarga Nabi, makam-makam ulama dan isteri dan Ibu Nabi. 

Justeru kita sebagai rakyat Malaysia, yang berpegang dengan Aqidah Ahlu Sunnah Waljamaah Al Asyairah Wal Maturidiyyah kena terus menyokong gerakan dakwah Ahlu Sunnah, supaya rakyat Malaysia celik ilmu ugama. Kalau rakyat celik ilmu ugama insyaallaah fahaman wahabi seperti ini tidak mampu masuk kedalam masyarakat. Justeru kita kena hantar anak-anak kita mengaji fardhu ain, mengaji tauhid, tasawuf dan mengaji Aqidah lebih-lebih lagi sifat 20. Dengan ilmu kita dapat perisai menjaga keamanan negara, dengan ilmu kita dapat melahirkan generasi bertaqwa kepada Allah, dengan ilmu rahmat Allah akan memayungi kita.

Lihat sejarah bagaimana Islam zaman dahulu lebih utuh lebih kuat daripada zaman kita. Kenapa? Kenapa Islam hari ini tidak sekuat zaman dahulu? Kerana kita sendiri. Kerana kita alpa dengan kehidupan dunia. Kita tidak menitik beratkan soal ugama dalam masyarakat kita.

Ramai hari ini jahil dengan ilmu ugama yang dhoruri.
Ramai hari ini tidak mengenal sifat Allah yang wajib disembah.
Ramai hari ini meninggalkan kewajipan yang perintahkan Allah.
Ramai hari ini melaksanakan perkara yang haram seterusnya banyak menderharkai Allah.

Maka hilanglah jati kekuatan kita kerana kita sendiri dan alpa. Bak sabda Nabi Saw "Ummat Islam di akhir zaman ramai tetapi seperti buih di lautan". 

Mahukan pertolongan Allah tetapi tidak ikut suruhan Allah Ta'ala dan Rasulullah Saw. Lihat zaman kegemilangan Islam, Allah pelihara kekuatan Islam pada zaman itu kerana zaman itu, ramai orang yang berpegang teguh pada akidah dan kukuh tauhidnya. Sejarah sudah ada, sejarah sudah membuktikanya, tapi kita lalai dengan hidangan duniawi didepan mata.

Sultan Salahuddin Al Ayubi, pada zamanya baginda memainkan bait-bait ilmu Aqidah disetiap menara tanah jajahanya. Untuk apa? Untuk menguatkan Aqidah masyarakatnya, diriwayatkan bait-bait itu dimainkan sehingga 4 kurun lamanya (lebih kurang 400-500 tahun). Dengan Aqidah yang kuat baginda dapat mempertahankan negaranya, baginda dapat menghalang anasir-anasir yang membawa kerosakan di buminya.

Sultan Muhammad Al Fateh, pada zamanya baginda telah menapis tentera-tenteranya. Baginda memilih tentera yang tidak pernah meninggalkan solat fardhu daripada baligh, baginda memilih tentera yang tidak pernah tinggal solat dhuha, tahajud dan witir untuk mengikutnya berperang. Diriwayatkan lebih kurang 10,000 tentera bersamanya menentang kafir yang waktu itu ratusan ribu tentera yang mempertahankan konstentinopel. Tetapi dengan gandaan tentera sedikit, mereka menang dan berjaya menawan konstentinopel.

Sebab apa? Sebab ugama mereka, sebab hebatnya mereka dalam melakukan ketaatan kepada Allah. Kita kalau nak amal bukan amal zahir semata-mata, batin juga kita kena amalkan. Semoga kita berusaha menjadi orang yang bertaqwa kepada Allah dan berpegang teguh pada aqidah ahli sunnah wal Jamaah.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment