Thursday, January 7, 2010

NAMA MAT KILAU DIBERI KERANA KELINCAHANNYA

Mat Kilau tu orang handal, sepelepah daun nyior (kelapa) gugur, dia dah tahu berapa banyak regisnya (lidi).

Mat Kilau boleh pergi ke sesuatu tempat dengan cepat, dia boleh ghaib sekelip mata.

Mat Kilau kalau bertarung boleh bunuh dan libas 9 orang musuh dengan parang dalam sekelip mata

Mat Kilau pernah merampas seekor kucing dari mulut harimau dengan sekelip mata, dan menengking harimau itu.

Demikianlah kelincahan pahlawan Pahang ini. Banyak lagi kelebihan yang Allah beri padanya. 

Pernah seekor lembu jatuh dalam telaga, Mat Kilau menaikkan lembu itu dengan sebelah tangannya sahaja.

Pernah seorang pendekar yang bernama Awang Kelana ingin menguji kehandalannya, ketika Mat Kilau sedang mandi embun, Awang Kelana merejam lembingnya dari belakang dan lembing itu tepat terkena pada badan belakang Mat Kilau, tetapi tiada apa yang terjadi ibarat merejam lembing ke batu yang besar.

Ketika Mat Kilau pergi ke Kuantan bersama menantunya, dia menyuruh agar menantunya balik dahulu kerana Mat Kilau ingin berjumpa Dato Bahaman atau Tok Peramu, ketika menantunya sampai di rumah, Mat Kilau telah pun berada di rumah.

Ketika pihak Inggeris tahu kelemahan kekebalan Mat Kilau adalah emas, maka mereka pun membuat peluru emas, tetapi peluru emas itu hanya menembusi kulit Mat Kilau sahaja bukan dagingnya.

Masih ada lagi beberapa kisah dan kelebihan Tok Aki yang tidak boleh diceritakan di sini, tidak semua yang boleh dibuka biarlah ianya menjadi rahsia pada siapa yang tahu. Apapun hanya Allah lah Yang Maha Kuasa Dan Maha Hebat. Dia-lah yang empunya segala Kehebatan dan Keilmuan Yang diberi pada hamba-Nya yang soleh. 

Al-Fatihah untuk Mat Kilau

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment