Thursday, January 7, 2010

KERIS MAT KILAU

Dalam banyak-banyak keris peninggalan Arwah Aki Mat Kilau, Saya lebih tertarik dengan keris Sepukal yang seakan Sundang. Keris ini adalah keris Pahang.

Ianya bukan sahaja untuk menikam malah menghiris (Agaknya inilah keris yang digunakan Mat Kilau pada satu kisah dimana Arwah membunuh 9 orang musuh sekaligus dalam satu masa).

Titik bulat putih dekat Belalai gajah dan aring tu adalah Perak (Pemusnah Ilmu Kebal). Hulu keris pula diperbuat dari Kayu kemuning Hitam. Gambar Arwah Aki Mat Kilau diambil pada Tahun 1969.

Keris yang tersisip di pinggang arwah itu adalah keris yang sama di dalam gambar. Keris peninggalan arwah sekarang dijaga oleh cucunya Cikgu Alhamadi Bin Haji Abu Bakar (Guru Utama Seni Silat Tapak Setia Suci - Warisan Mat Kilau) 

Bissirril Al-Fatihah 

Arwah Aki Mat Kilau 
Pahlawan Melayu Pahang

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment