Tuesday, January 19, 2010

ARUNG PALAKKA BUKAN PENGKHIANAT

Kalau kau mahu jadi seorang anak Bugis yang ada SIRI’ (maruah atau honour atau humility), kau kena belajar sejarah-sejarah bangsa Bugis. Jangan sesuka hati mengatakan Arung Palakka adalah Pembelot, Petualang, Tali Barut atau Pengkhianat bangsa Bugis. Cuba lihat asbab mengapa beliau Bergabung Dengan VOC untuk menentang Gowa. Sini aku khabarkan sedikit sejarah mengenai Gowa dan Bone. 

1. Bangsa Bugis berasal dari Sulawesi Selatan, Indonesia. Terdapat dua kerajaan Bugis yang agung pernah wujud di situ sekitar abad ke-16 dan ke-17 yakni kerajaan Gowa dan kerajaan Bone. Kedua-dua kerajaan ini diakui para ahli sejarah sebagai kerajaan terkuat di Indonesia Timur pada ketika itu dan kerajaan Gowa menguasai perdagangan rempah yang diidamkan oleh Kompeni Hindia Timur Belanda (VOC).

2. Dua kerajaan ini hidup aman damai dan saling berkasih sayang sehinggalah pada suatu ketika pada tahun 1562, Raja Gowa Daeng Bonto telah berkunjung makan angin ke Bone pada zaman pemerintahan Raja Bone La Tenrirawwe Bongkange. Kedatangan ini juga adalah bermaksud untuk ‘massaung manu’ yakni sabung ayam.

3. Maka, dua ayam handalan dipersiapkan. Ayam Bone (Manuk Bakkane Bone) versus Ayam merah Gowa (Jangang Ejana Gowa). Pertempuran ayam ini berlangsung dengan power-power, kuasa dalaman serta kesaktian ini berakhir dengan ayam Raja Gowa tertewas. And just like that, Raja Bone menang 100 kati emas. 

4. Tewas merupakan sebuah kenyataan yang sukar diterima oleh Raja Gowa. Siri na pesse. Maruah tercalar. Tambah memalukan lagi bila tersebar ke seluruh Sulawesi Selatan tentang kesaktian tujuh petala langit Raja Bone dan ‘ayam’nya sehingga ada banyak kerajaan-kerajaan kecil berdekatan yang mahu bergabung dengan Bone. Begitulah pengaruh Ayam dulu-dulu. 

5. Inilah titik mulanya dua negara berdaulat ini terjerumus ke kancah konflik perang berpanjangan (1562-1611). Itulah sebabnya aku tidak pernah suka sabung ayam dilakukan walaupun aku orang Bugis. Aku takut peperangan atauperbalahan akan meletus dan bala Tuhan yang Maha Esa.

6. Selama tiga tahun, empat military action dilancarkan oleh Gowa ke atas Bone. Semuanya gagal menawan Bone dan setiap kali itulah perjanjian damai dimeterai, setiap kali itu juga Gowa mengingkari perjanjian dan terus menyerang Bone. 

7. Namun, pada serangan kelima dengan bala tentera yang ramai, Bone akhirnya kalah (1611). Kerajaan Gowa yang dipimpin Sultan Alauddin telah mengerahkan 40,000 rakyat Bone untuk menjadi buruh paksa bagi membangun Benteng Somba Opu. Manakala, bangsawan Bone menjadi pelayan di rumah-rumah bangsawan Gowa. Siri na pesse. Kali ini maruah Bugis Bone pula yang tercalar.

8. Somba Opu (Benteng) yang dibina dari darah, peluh dan airmata orang Bone adalah bertujuan untuk mempertahankan Gowa dari ancaman VOC (Belanda). Mana-mana rakyat Bone yang ingkar akan dirotan menggunakan cemeti oleh Bangsawan Gowa. Mereka memperlakukan orang-orang Bone seperti binatang!

9. Orang bangsawan Bone pada ketika itu turun membantu rakyatnya dek kerana tidak sanggup melihat penyiksaan yang dilakukan oleh bangsawan Gowa. Mampukah pemimpin kita hari ini mencontohi tindakan bangsawan Bone yang memilih untuk bersama rakyat daripada ‘penjara selesa’ di istana Gowa. Itulah maruah dan pemimpin berjiwa rakyat.

10. Salah seorang bangsawan itu adalah Putera Mahkota Bone, Arung Palakka yang ketika itu baru berumur belasan tahun. Setiap malam arung palakka tidak dapat tidur nyenyak dek kesedihan melihat nasib bangsanya.

11. Arung Palakka terpaksa bertekad untuk melarikan diri ke Buton pada tahun 1663 dan seterusnya ke Batavia dalam misi untuk kembali dengan lebih kuat. Beliau bernazar yang selagi rakyat Bone tidak bebas, beliau tidak akan memotong rambutnya. Oleh sebab itulah beliau terkenal dengan jolokan Pahlawan gagah, tampan yang berambut panjang (gondrong).

12. Di Batavia, Arung Palakka bertemu dengan Kolonel Speelman salah seorang pimpinan VOC yang berpengaruh dan Kapiten Jonker dari Ambon. Orang kata “Enemy of your enemy is your friend”. Disitulah pakatan mereka bermula. Untuk mendapatkan kepercayaan kolonel Speelman, Arung Palakka terpaksa melalui ranjau berduri yakni beliau diarahkan untuk mematahkan kebangkitan pemberontak orang Minangkabau pada 30Hb August 1666

13. Dipendekkan cerita, Kolonel Speelman yang kagum dengan kehebatan Arung Palakka and the gang bersetuju untuk bergabung menentang Gowa yang pada ketika itu diperintah oleh Sultan Hassanuddin. 

14. Gabungan Speelman+Arung Palakka+Sultan Ternate+Kapitan Jonker akhirnya berjaya menumbangkan kerajaan Gowa pada 16Hb June 1669. Benteng somba opu runtuh. Kedua-dua pihak sudah kehilangan banyak nyawa dan kerugian didalam perang ini.

15. Kekalahan ini memaksa Sultan Hassanuddin menandatangani Perjanjian Bongaya. Di dalam perjanjian ini, baginda Arung Palakka dinobatkan sebagai Raja Bone (1672). Kuasa Makassar dikecilkan dan Raja Bone menjadi kuasa besar yang menguasai Sulawesi Selatan. 

16. Orang Bugis bukannya lanun. Walaupun begitu, tidaklah jatuh maruah orang Bugis dengan kata-kata hinaan orang politik. Maruah kita hanya akan dinilai oleh masyarakat melalui tindakan kita. Maruah hanya akan tercalar bilamana kita membutakan mata atas penindasan kepada rakyat jelata. Solidariti kita seharusnya tidak selektif terhadap ahli politik tertentu, solidariti kita sepatutnya pada kebenaran. Ingat, kita ada SIRI.

Apapun Kita semua Bugis adalah Bersaudara. Jangan hanya kerana sejarah nenek moyang kita, Kita bermusuhan. Kita adalah HAMBA ALLAH, Perkara yang patut Diutamakan adalah "Silaturrahim" letakkan Islam sebagai No. 1 dan Bangsa sebagai No. 2. 

Kalau Arung palakka dan Sultan Hasanuddin boleh berdamai, kalau isteri tua dan isteri muda boleh berdamai, mengapa kita Tidak? BONE DAN GOWA adalah saudara. 

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment