“Telaga Hang Tuah” yang terletak di Kampung Krisek, Mukim Tanjung lulok, Daerah Meang, Wilayah Pattani Selatan.
Gambar yang diperlihatkan bukan keadaan asal telaga Hang Tuah. Tetapi tempatnya adalah asli. Supaya keadaannya lebih terpelihara dan bersih, dibina kepungan supaya telaga ini kelihatan kemas dan cantik. Menurut cerita orang tua-tua telaga ini tidak pernah kering walaupun musim kemarau melanda. Airnya tetap bersih, segar dan nyaman. Tidak jauh dari telaga ini ada Mesjid Krisik dan bekas tapak istana Kerajaan MELAYU Islam Patani Darussalam. Sayangnya bekas tinggalan istana ini telah dimusnahkan.
Dikatakan ketika Hang Tuah mencari lokasi yang ada mata air, Hang Tuah melempar keris Taming Sari nya dan menggali lubang di mana kerisnya tertusuk di tanah. Tujuan utama Hang Tuah menggali telaga ini kerana berhubung kait dengan soal keselamatan.
Ini adalah kerana pihak musuh terutama Siam akan melakukan apa sahaja untuk membunuh Hang Tuah termasuklah diracun. Sebagai langkah keselamatan Hang Tuah menggali telaga nya sendiri untuk mendapatkan sumber air buat keperluannya dan rombongannya.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment