RAGA atau tubuh manusia itu terdiri dari tujuh lapis iaitu: Bulu, kulit, darah, otot, daging, tulang dan sumsum. Yang kesemuanya ini di sebut jasad atau badan kasar. Yang setiap harinya, dirawat dan diperindah. Dan jasad ini adalah sebagai wahdah, tutup diri yang sebenarnya diri. Yang apabila diri keluar dari wahdah, maka jasad akan membusuk lebur hancur kedalam bumi/tanah. Sudah menjadi keputusan yang pasti, jika jasad kembali ke asalnya tanah dan di dalam badan itu ada dada, di dalam dada ada hati, hati itu jantung, di dalam hati ada ruhani dan di dalam ruhani ada SIRR, 'Sirr itu maksudnya adalah Rahsia.
Para ulama memanggil rahsia ini dengan berbagai nama, adalah Ruh, Nyawa, Nur Muhamad. Namun pada hakikatnya satu ialah rohku, datang dari Allah dan kembali kepada Allah. Dialah yang menghidupkan badan, dialah yang hayat. Yang Menghidupkan itu pula hidup dengan Yang Maha Menghidupkan. Yang Maha Menghidupkan itulah RAHSIA iaitu dzat Maha dzat didalam Ruhani. Inilah yang disebut sebagai 'diri sebenarnya diri’. Diri sebenarnya diri akan kembali kepada Allah. Jika kita sudah mengenal Allah, tentu tak akan bingung lagi ke mana akan kembalinya diri nanti. Namun jika belum mengetahui Allah, belum mengenalnya, maka wajiblah bagi kita mengenal dan mengetahui di mana tempat kembalinya. Agar tak tersesat dan agar tak salah tujuan setelah kita bercerai dengan badan kasar. Inilah gunanya kita mempelajari Ilmu MAKRIFATULLAH.

No comments:
Post a Comment