Kenapa kita berzikir? Apa sebenarnya kedudukan zikir tu?:
1. Zikir Syariat
2. Zikir Tarekat
3. Zikir Hakikat
4. Zikir Makrifat (rahsia/zirr)
1. Zikir Syariat: Zikir ini biasa dibawa dengan suara yg keras (jahar) utk menetapkan hati. Lafaz zikirnya ialah LAA ILLAHA ILLAHLLAH. Juga disebut zikir ihsan atau zikir nafi isbat dan tujuan membawa kepada tumpuan hati dan memahat hati, merobohkah istana iblis yang bertahta di hati yang kotor. Menafikan selain Allah, mengisbatkan akan Allah swt dan ketetapan yang bahu menetapkan di hati kita hanya “Qul Huallah Hu Ahad”. Hanya Engkau Ya Allah Tuhan Yang Esa.
2. Zikir Tarekat: Zikir ini sedikit keras kerana hendak menetapkan setetap-tetapnya di hati dengan jalan membenarkan di hati ini. Semoga di hati kita ini hanya memohon kepada yang Maha Esa. Lafaz zikirnya ialah ALLAH ALLAH juga disebut zikir qalbi (zikir dalam hati). Allahu Somad - Hanya Engkau lah Ya Allah Tempat Aku Bergantung dan Meminta Pertolongan.
3. Zikir Hakikat: Zikir ini lembut di bawa dengan rasa hati yg punyai perasaan, rasa hati naluri, rasa hati yang menjiwai, rasa kehambaan dan terbukanya pintu makrifat yang bersungguh2 di hadapan Rabb nya kerana kasih kepada Allah yang Maha Esa. Lafaz zikirnya ialah HU… ALLAH. Lam Yalid Walam Yulad (Tidak Beranak dan Tidak Diperanakkan).
4. Zikir Makrifat: Zikir rahsia atau sirr. Tiada huruf, tiada suara, tidak menggunakan lisan, hanya menggunakan perasaan (zauq). Syuuur (kesadaran) di dlm kalbu kerana zikir ini menjadi tersamar (khofi). Hanya penzikir serta Allah sahaja yang mengetahuinya. Zikir ini cukup halus (khofi) dan dipanggil zikir penyerahan diri, berserah tunggal kepada Allah swt, pengakuan dari dalam lubuk hati yang tidak mampu berkata2 yg hanya diketahui oleh yg Maha Tahu iaitu Allah Azzawajjala. Zikirnya tiada berhuruf tiada bersuara, lenyap selenyap2nya, karam sekaram2nya, terbuka makrifat krn hatinya berada dlm keadaan fana, jasadnya kosong, rohnya kosong. Knp zikir makrifat ini dikatakan zikir rahsia? Knp dipanggil zikir yg tiada berhuruf dan tiada bersuara? Kerana yang berzikir ialah sirr (rahsia/tersembunyi). Hakikatnya Walam Yakul Lahu Kufuan Ahad (Kerana Tiada Satu Pun Yang Bersamaan DenganNya). Laisa Kamislihi Syaiuun.
Hakikatnya empat tingkatan zikir ini sebenarnya adalah pecahan dari surah Al-Ikhlas yang juga dipanggil surah yang mentauhidkan Allah s.w.t. Dari itu dalamilah surah Al-Ikhlas kerana inilah jalan kesempurnaan iaitu iman dan tauhid. Zikir dan surah Al-Ikhlas ini jika dihalusi dan difahami maka ianya adalah jalan sempurna yang menyempurnakan.
Rezeki lahiriah terwujud dengan gerakan badan, rezeki batiniah terwujud dengan gerakan kalbu, rezeki sirr terwujud dengan diam, rezeki akal terwujud dengan fana dari diam sahaja, hamba tinggal tenang untuk Allah bersama Allah. Semua makhluk yang mendengar mu berzikir sebenarnya juga turut berzikir bersama mu. Kau berzikir dengan lisan mu, kalbumu, nafasmu, rohmu, akalmu, sirr mu.
- Jika kau berzikir dengan lisanmu, semua benda mati akan berzikir bersama mu.
- Jika kau berzikir dengan kalbumu, alam berserta isinya turut berzikir bersama kalbu mu.
- Jika kau berzikir dengan nafasmu, seluruh langit berserta isi nya juga turut berzikir bersama mu.
- Jika kau berzikir dengan rohmu, singgahsana Allah berserta seluruh isinya turut bersikir bersama mu.
Jika kau berzikir dengan akalmu, para malaikat pembawa Arasy dan roh yg memilikki kedekatan dengan Allah turut berzikir bersama mu.
Jika kau berzikir dengan sirr mu, Arasy berserta seluruh isinya turut berzikir sehingga zikir mu itu bersambung dengan Zat Nya.
Hakikatnya dalam menempuh jaan kerohaniah untuk mencapai makan Zikir Sirr (zikrullah makrifat), ada yg mencarinya berhari-hari, berbulan-bulan, bertahun-tahun maah ada yang mencapinya sesaat sebelum detik kematiannya. Ketika kematian menjemputnya ada yg zikirnya masih duduk di tingkatan syariat semata-mata, tarekat semata-mata, hakikat semata-mata dan tidak mencapai zikir di makan makrifat. Betapa indahnya saat kematian kita apabila akhir hayat kita insyaAllah di akhir kalam kita ketika melafazkan syahadat tauhid LAA ILAAHAA ILLALLAH. Kita mati berzikir sirr menyebut kalimah agung syahadat tauhid. Kita mati dijemput Allah, dimuliakan Allah dalam husnul khotimah, diangkat Allah sebagai insan yang dikasihinya dan ditempat di syurga tingkatan tertinggi. Wallahualam. (Ilmu Kerohanian Diri).
No comments:
Post a Comment