Saturday, July 2, 2016

HAKIKAT DALAM MAKRIFAT (EMPAT TAHAP FANA)

Mati Syariat - Fana Tabii (Tajalli Af’al)
Mati Tareqat - Fana Maknawi (Tajalli Asma)
Mati Hakikat - Fana Suri (Tajalli Nurrul Haq)
Makrifat - Fana Hisi (Tajalli Zat)

1) FANA TABII: Mati 5 panca indera seluruh anggota jasad zahir & batin termasuk deria mata (lihat), deria telinga (dengar), deria hidung (hidu), deria lidah (rasa) dan deria kulit (sentuh) sewaktu dalam menyatakan kalimat (Allah .. Allah .. Allah) sehingga seluruh suara alam ini seolah berzikir2 turut serta bersama sehingga terdengar mengucapkan kalimat (Allah .. Allah .. Allah) berzikir dgn sendirinya yg tinggal hanyalah rasa RINDU terhdp ALLAH. Insan yg tlh merasakan mati Tabii  ialah insan yg tlh sampai dgn rahmat Allah pada maqam Tajalli Af’ alullah (nyata perbuatan Allah) 

2) FANA MAKNAWI: Merasakan dirinya zahir & batin telah hilang & seluruh alam ini telah lenyap semua nya, yg wujud hanyalah kalimat Allah… Allah semata2 di mana pun dia memandang, kalimat Allah yg ditulis dgn Nur Muhammad. Insan yg telah merasakan mati maknawi ialah insan yg telah sampai dgn rahmat Allah pd maqam Tajalli Asma (nyata nama Allah dgn yg punya nama tidak terpisah walau sedikit). 

3) FANA SURI: Di dlm perasaan insan itu tlh lenyap segala warna-warni yg ada hanya Nur semata- mata iaitu Nurullah, Nur Dzatullah, Nur Sifatullah, Nur Asma Allah, Nur Af’ alullah dan Nur ‘Ala Nur. Insan yg tlh diberi petunjuk oleh Allah utk meluruskan jalannya. Insan yg telah merasakan mati suri ialah insan yg telah sampai dgn rahmat Allah pada maqam Tajalli Nurrul Haq 

4) FANA HISI: Dlm perasaannya telah lenyap sirna kalimat Allah, telah lenyap sirna pula seluruh sekelian alam ini zahir & batin, telah lenyap sirna pula Nur2 di atas yg tadinya terang benderang sehingga DIRASAKAN adalah ZAT ALLAH semata2. DIRI DIKENAL dgn JLN RASA. Bahkan dirinya sendiri pun DIRASAKAN nya hilang musnah sirna, dia telah dibunuh oleh Allah & Dialah sebagai galang gantinya (ini hanya ungkapan utk memberi faham, jgn disalah tafsir). Sebagaimana Firman Allah di dlm Hadis Qudsi: “Bahawasanya hamba Ku, apabila AKU telah kasih, AKU bunuh dia, lalu apabila telah AKU bunuh. Maka AKU lah sbg gantinya.” Maka langkahnya seolah2 langkah Allah. Pendengarannya, pendengaran Allah. 

Penglihatannya, penglihatan Allah. Geraknya kehendak Allah. Perbuatannya, perbuatan Allah. Insan yg telah mendapat mati Hisi, DIA akan MELIHAT ALLAH dlm PERASAANnya. Kepunyaan Allah Timur & Barat bersesuaian dgn Firman Allah: “Maka ke mana jua pun kamu menghadap, di sana ada wajah Allah. Sesungguhnya Allah adalah Maha Luas, lagi Maha Mengetahui”. (Al- Baqarah: 115). “Dialah Yg Awal Dan Yg Akhir Dan Yang Zahir serta Yg Batik & Dialah Maha Mengetahui akan tiap2 sesuatu (Al-Hadiid:3).” Insan yg telah merasakan mati Hisi ialah insan yg telah sampai dgn rahmat Allah pada maqam Tajalli Zat.

Mencapainya 4 fana (tabii, maknawi, suri dan hisi) sampailah kita kepada hakikat Fana Kamil (Sempurna). Telah sempurna nya cinta kita untuk Allah di dunia yang fana untuk dipersembahkan kepada Allah di akhirat.  FANA ialah kurnia anugerah rahmat dari Allah semata-mata kepada insan yang dicintai Allah. Hilang wujud diri nya yakni fana dari dirinya, baqa dengan tuhannya kerana kehadiran hati mereka bersama Allah. 

Fana Fillah atau lenyap nya wujud keinsanan diri lebur ke dlm nur kebaqaan Allah semata-mata. Fana Kamil atau Sempurna sampainya ke makam La Maujudaa Illallah (penyaksian mata hati, roh yang suci murni) kepada penzahiran cahaya Nur Ilahi yang keluar dpd keindahan Allah yang sempurna sehingga tenggelam nya roh diri kita dalam lautan cinta nikmat yang tidak terhingga hanya kepada Allah s.w.t semata-mata. Lenyaplah Aku dalam wujud Allah…LAA ILAHA ILLALLAH … Aku tetap aku (makhluk) dan ALLAH tetap ALLAH (KHALIK). Tidak terpisah walau sedikitpun, tidak pula Aku menjadi tuhan apatah lagi mengakui Aku (diri) ini Tuhan (Allah)… Ana Al-Haq. Manlam Yasuk Lam Ya’rif (barang siapa yang belum merasai maka dia belum mengenal, barang siapa tidak merasai maka dia tidak mengenal). 

Maka teramat penting sebelum bertasauf wajib arif berilmu usuluddin dahulu kerana jika tiada arif berilmu, bagaimana mampu mendirikan tegak tiang tauhidan yang benar dan berjalan seiring dengan hidup bersyariat. Wallahu a' lam bishshawab. (ILMU KEROHANIAN DIRI).

No comments:

Post a Comment