Saturday, July 2, 2016

KONSEP SIFAT MA'ANI DAN MA'NAWIYYAH

Kelompok ketiga dan keempat yg ada hubungan keduanya dpd Sifat 20 ialah kelompok yg dikenali dgn Sifat Maani dan Manawiyyah. Terkandung sifat2 di dlm kelompok Maani ini ialah: Qudrat, Iradat, Ilmu, Hayat, Samak, Basar dan Kalam. Dpd sifat ini menerbitkan Sifat Manawiyyah yg jumlahnya sama, iaitu disifatkan sbg hal, iaitu: Kaunuhu Qadiran, Muridan, Aliman Hayyan, Samian, Basiran dan Mutakalliman.

Mengapa sifat2 di dalam kelompok ini dinamakan Sifat Maani? Menurut Shaykh Muhammad Zain bin Al-Faqih Jalaluddin dinamakan sifat2 di atas dgn Sifat Maani ialah: "Bermula makna Sifat Maani itu, iaitu tiap-tiap sifat yg maujudah berdiri ia dgn yg maujud mesabitkan baginya hukum”. Bagaimana pula dengan Sifat Manawiyyah? Sifat Maani dan Manawiyyah mempunyai kaitan rapat. 

Menurut Shaykh Muhammad Yusuf al-Sanusi di dlm kitabnya berjudul, Sharh al-Sanusiyyah al-Kubra: "Tertentu sifat yg tujuh ini (Maani), krn ia melazimkan makna2 yg berdiri pada Zat Allah Taala sbg contoh Sifat Kudrat sbg sifat pada Zat - melazim kan makna dgn kuasa itu melazimkan `Kaunuhu Qadiran` sebagai illat dan ma`lul.” Kata Sheikh Muhammad Yusif penglahiran makna dari Maani kepada Manawiyyah ini (Ma`nawiyyah) adalah sifat yang sabit bagi Zat yang tidak disifatkan ada atau tiada. Dia adalah ma`lul, iaitu berdiri dengan Zat. 

Yakni,

- Sebagaimana Sifat Ma`ani bagi qudrat mema`lul kepada qadiran.
- Sebagaimana Sifat Ma`ani bagi iradat mema`lul kepada muridan
- Sebagaimana Sifat Ma`ani bagi ilmu mema`lul kepada aliman
- Sebagaimana Sifat Ma`ani bagi hayat mema`lul kepada Hayyan
- Sebagaimana Sifat Ma`ani bagi sama` mema`lul kepada sami`an
- Sebagaimana Sifat Ma`ani bagi basar mema`lul kepada basiran
- Sebagaimana Sifat Ma`ani bagi kalam mema`lul kepada mutakalliman.

Kata Shaykh Muhammad Yusuf al-Sanusi: "Inilah (Sifat-Sifat Ma`ani), iaitu sifat-sifat yang maujud yang berdiri di atas Zat yang membawa kepada mewajibkan lahirnya hukum. (Yakni – kaunuhu – Keadaan). Iaitu menghasilkan sifat-sifat Maknawiyyah."

Namun pendapat mengenai menglahirkan makna dari Sifat-Sifat Ma`ani kepada Sifat-Sifat Ma`nawiyyah, bukannya pendapat yang kuat di dalam kalangan Ulama`Usuluddin. Ada pendapat yang menafikan pendapat tentang Sifat Ma`nawiyah, lantaran ianya tidak lain dari Zat dan Sifat-Sifat Ma`ani yang wujud. Dan tidak ada makna di kalangan mereka dengan, contoh kaunuhu `aliman dan qadiran melainkan berdiri padanya ilmu dan qudrat dgnnya, dan tidak ada `hal` di kalangan mereka, bahkan tidak ada Ma`nawiyyah dan tidak ada Nafsiyyah. Lantaran itu pendapat kalangan mutakallimun terbahagi kepada dua pihak:

1) Pihak yang menafikan `hal` (kaunuhu)
2) Pihak yang mensabitkan 'hal' (kaunuhu)

[Konsep 'hal' ialah sifat yang diisbatkan, tetapi tidak disifatkan dengan ada dan tiada.]

- Kalangan pertama kelompok yg menafikan hal (ahwal) ialah Sheikh Abu Hasan al-Ashari dan ramai dari kalangan Muhaqqiqin, yg berpendapat, tiada apa yg disifatkan sifat (Manawiyyah), melainkan hanya Sifat2 Maani.
- Kalangan kedua kelompok yang mensabitkan hal (ahwal-kaunuhu) ialah Kadhi Al-Baqillani dan Imam Al-Haramayni al-Juwaini dan pengikut2 mereka. Mereka yang mensabitkan melihat pertama (Ma`ani) sebagai hal nafsiyyah dan kedua adalah `hal ma`nawiyyah``. 

Namun di samping ada yg tidak mengkategorikan Sifat Manawiyyah, di sana terdapat pula yg menambah kan pecahan2 sifat 20 berkenaan kpd enam kategori, iaitu:

1) Nafsiyyah
2) Salbiyyah
3) Ma`ani
4) Ma`nawiyyah
5) Sifat al-Af`al
6) Al-Sifat al-Jami`ah

- Adapun Sifat Nafsiyyah, ialah ibarat daripada tiap-tiap hal yang sabit bagi Zat tanpa `illah juga tanpa tambahan bagi Zat, lantaran ia adalah sesuatu yang satu.
- Adapun Sifat Salbiyyah, iaitu ibarat daripada tiap-tiap sesuatu yang menegah disifatkan dengannya kepada Allah Ta`ala. Hakikatnya ialah ibarat menafikan tiap-tiap sesuatu yang menegah dengannya Allah Ta`ala seperti, menafikan syirik dan sebagainya.
- Adapun Sifat Ma`ani, maka ia adalah ibarat daripada setiap sifat yang berdiri sebagai sifat yang wajib.
- Adapun Sifat Ma`nawiyyah, maka ianya ibarat daripada setiap hal yang sabit dengan Zat sebagai ma`lul yang bermakna berdiri dengan Zat.
- Manakala Sifat Af`al, ialah melihat kepada ciptaan dan perbuatan Allah seperti memberi rezeki, menghidup dan mematikan dan sebagainya.
- Dan terakhir Al-Sifat al-Jami`ah ialah Kemuliaan, Jalal, Kebesaran, Qahhar dan JamalNya Allah Ta`ala. 

Demikianlah cara2 sifat dihuraikan terhadap entiti berfakta yg diistilahkan sbg `Zat` bagi kefahaman dan keyakinan ttag Kewujudan Allah bagi memperkukuhkan keimanan dan menumpukan kepatuhan kpdNya.

No comments:

Post a Comment