Empat tahap zikir: 1. Zikir Ghaflah (lalai), 2. Zikir Yaqazah (sedar), 3. Zikir Khudur (hadir hati/roh), 4. Zikir Ghaibah (rahsia/sirr). Empat tingkatan zikir: 1. Zikir syariat (ilmu), 2. Zikir tarekat (kefahaman), 3. Zikir Hakikat (permulaan makrifat), 4. Zikir makrifat (rahsia/sirr). Menurut Imam Al-Ghazali, murid yg sedang belajar zikir insyaAllah akan menempuh 4 fasa tahap zikir terdiri dari 4 tingkatan zikir tadi:
a) Zikir Ghaflah (lalai) ialah zikir lisan/akal, makam ahli ghofil (lalai). Zikir masih di peringkat awam dlm tataran ilmu syariat. Akal dan hatinya lalai semasa berzikir. Zikir Lisan ialah ketika lidah shj yg berzikir sdgkan hatinya tidak hadir berzikir yakni hati tidak turut serta bersama lidah berzikir krn zikir lisannya belum masuk ke dlm hati. Tidak benar2 ingat akalnya lupa kpd Allah. Di peringkat ini ruang hati yg berzikir masih dipenuhi perkara2 lain dpd Allah. Maka hatinya disebut sbg hati yg ghaflah (lalai). Ghaflah maksud nya lalai, bagaimanapun kita tidak akan tahu dan faham akan maksud lalai selagi kita tidak dikurniakan oleh Allah sehingga dihilangkan lalai itu dari ruang hati. Siapa yg tidak merasa, dia tidak akan tahu.
b) Zikir Yaqazah (sedar) ialah zikir hati, makam ahli salik yg mendapat kefahaman atau tarekat. Akal dan hati nya bawah sedar semasa lidahnya berzikir. Lisannya berzikir dan dia berikhtiar dengan keras supaya zikirnya masuk meresap ke dlm hati. Di peringkat ini dgn rahmat Allah, hati orang yg berikir telah bertukat dari ghaflah kepada yaqazah (lalai kepada sedar). Yaqazah bermaksud sedar atau jaga. Untuk mudah kita faham maksud Yaqazah, ulama telah membuat tamsilan antara yang tidur (lalai) dengan yg jaga (sedar).
Yang tidur nyenyak adalah ghaflah (lalai) dan yang terjaga dari tidur adalah Yaqazah (sedar). Penzikir belum ikhlas sepenuhnya berzikir selagi masih dibatasi kekuatan akal (bawah sedar) kerana zikirnya belum meresap ke dalam hati (sedar) yakni hati penzikir yang sentiasa ingat kepada Allah (sedar) kerana belum sepenuhnya menyedari apa yang harus dilaksana. Maksudnya apabila hati itu berada dalam keadaan Yaqazah (sedar) maka hati dapat memahami apa yang tidak dapat difahami bertentangan ketika hati dalam keadaan ghaflah (lalai) di mana hatinya tidak dapat memahami.

c) Zikir Khudur (hadir hati/roh) ialah zikir kalbu, makam ahli khawas iaitu zikir hati dlm hadrat Allah. Inilah pintunya yg membuka permulaan makrifat. Akal dan hatinya sedar semasa lidahnya berzikir. Lisan dan hatinya berzikir serentak dan hal ini terjadi hasil dari riyadah (latihan). Hakikat riyadah menurut Imam Ghazali adalah mengosongkan hati dari urusan dunia dan hanya merasakan kehadiran kalbu/roh bersama Allah.
Maksudnya hati penzikir terlalu kuat ingatan akalnya kpd Allah setiap saat dan waktu. Allah saja yg menarik perhatian hatinya. Reluang ruang hati dipenuhi dgn Allah. Hatinya juga tertarik semata2 kpd Allah dan keredhaanNya seolah2 hati telah terlepas dari pengaruh makhluk dan menjadi merdeka sbg hamba Allah shj. Penzikir yg berzikir dgn hatinya akan sentiasa tenang dlm hidupnya krn hatinya sentiasa ingat kpd Allah.

d) Zikir Ghaibah (rahsia/sirr) ialah zikir khofi juga disebut sikir sirr, makan ghaib tingkat fana, makam ahli kamal (khawas al-khawwas). Terbuka makrifatnya, zikir tanpa sebutan dan suara kerana hatinya berada dlm keadaan fana, jasadnya kosong, rohnya kosong, zikirnya membuat dia tenggelam ke dlm kalbu (ilmu) dan roh (musyahadah) di mana zikir ghaibah adalah kemuncak zikirullah krn telah mencapai makan zikirullah sirr. Zirrnya berzikir tanpa menyedari kehadiran segala sesuatu selain Allah semata2. Zikir sirr juga disebut sbg zikir khofi yakni zikir khofi sbg zikir tanpa suara atau sebutan krn hatinya berada dlm keadaan fana.
Spti kata Syeikh Abdul Qadir Jailani, aku tenggelam dlm lautan ilmu dan musyahadah. Maksudnya yg lain dpd Allah akan hilang dari ingatan meniadakan ingatan kita pada diri, hanya Allah sahaja yg diingati dan segala yg ada di dunia tiada ertinya, yg ada hanya Allah semata2. Zikirullah sirr merupakan zikir yg biasa dilakukan insan yg benar2 dekat dgn Allah iaitu para arif billah (wali2 Allah). Sebenarnya zikir2 yg dipelajari bertujuan utk menuju pembersihan diri (manusia mencapai darjat insan). Hati (kalbu tiada nur utk mencapai makan kalbu (nur)) dlm membantu mendapatkan tauhid dan iman yg benar di dlm hati terhadap Allah swt kerana jalan zikir ini membantu kita utk mendapat ketetapan, kebenaran dan kesungguhan terhadap zat yg menjadikan sekelian makhuk dan alam ciptaannya. Tiada kata lain selain LA ILAHA ILALLAH MUHAMMADDARASULULLAH. Wallahualam. (Ilmu kerohanian diri).
No comments:
Post a Comment