Saturday, May 7, 2016

PENGALAMAN SPIRITUAL PENDIRI TARIQAT NAQSYABANDIYAH

Pendiri Tariqat Naqsyabandiyah adalah Syeh Bahauddin Naqshband Rah. Pada suatu riwayat beliau berkata: Pada suatu hari aku dan sahabatku sedang bermuraqabah, lalu pintu langit terbuka dan gambaran Musyahadah hadir kepadaku lalu aku mendengar satu suara berkata, “Tidakkah cukup bagimu untuk meninggalkan mereka yang lain dan hadir ke Hadhrat Kami sendirian?" Suara itu menakutkan aku hingga menyebabkan aku lari keluar dari rumah. Aku berlari ke sebuah sungai dan terjun ke dalamnya. Aku membasuh pakaianku lalu mendirikan Sholat dua raka’at dalam keadaan yang tidak pernah aku alami, dengan merasakan seolah-olah aku sedang sholat dalam kehadiranNya. Segala-galanya terbuka dalam hatiku secara Kashaf. Seluruh alam lenyap dan aku tidak menyedari sesuatu yang lain melainkan bersholat dalam kehadiranNya.

Aku telah ditanya pada permulaan penarikan tersebut, “Mengapa kau ingin memasuki jalan ini?”

Aku menjawab, “Supaya apa saja yang aku katakan dan kehendaki akan terjadi. ”

Aku dijawab, “Itu tidak akan berlaku. Apa saja yang Kami katakan dan apa saja yang Kami kehendaki itulah yang akan terjadi. ”

Dan aku pun berkata, “Aku tidak dapat menerimanya, aku mesti diizinkan untuk mengatakan dan melakukan apa saja yang aku kehendaki, ataupun aku tidak mau menempuh jalan ini. ”

Lalu aku menerima jawaban, “Tidak! Apa saja yang Kami mau akan dikatakan dan apa saja yang Kami itulah yang mesti dikatakan dan dilakukan. ”

Dan aku sekali lagi berkata, “Apa saja yang ku katakan dan apa saja yang ku lakukan adalah apa yang akan terjadi. ”

Lalu aku ditinggalkan sendirian selama lima belas hari sehingga aku mengalami kesedihan dan tekanan yang hebat, kemudian aku mendengar satu suara, “Wahai Bahauddin, apa saja yang kau maukan, Kami akan berikan. ”

Aku amat gembira lalu berkata, “Aku mau diberikan suatu jalan Tariqat yang akan diikuti banyak orang yang menempuhnya terus ke Hadhrat Yang Maha Suci. ” Dan aku telah mengalami Musyahadah yang hebat dan mendengar suara berkata, “Engkau telah diberikan apa yang telah engkau minta. ”

Dia telah menerima limpahan Kerohanian dan prinsip dasar Tariqat Naqshbandiyah dari Hadhrat Khwajah ‘Abdul Khaliq Al-Ghujduwani Rah yang terdiri dari delapan perkara iaitu:

Yad Kard, Baz Gasyt, Nigah Dasyat, Yad Dasyat, Hosh Dar Dam, Nazar Bar Qadam, Safar Dar Watan, Khalwat Dar Anjuman.

Hadhrat Shah Naqshband Rah telah menambah tiga lagi prinsip menjadikannya sebelas iaitu:

Wuquf Qalbi, Wuquf ‘Adadi dan Wuquf Zamani.

Hadhrat Shah Naqshband Rah telah berkata,

“Jalan Tariqat kami adalah sangat luar biasa dan merupakan ‘Urwatil Wutsqa (Pegangan Kukuh), dengan berpegang teguh secara sempurna dan menuruti Sunnah Baginda Nabi Sallallahu ‘Alaihi Wasallam dan Para Sahabat Radhiyallahu ‘Anhum Ajma’in. Mereka telah membawa kami ke jalan ini dengan Karunianya. Dari awal hingga ke akhir aku hanya menyaksikan Kekurniaan Allah bukan karena amalan. Menempuh jalan Tariqat kami, dengan amal yang sedikit, pintu-pintu Rahmat akan terbuka dengan menuruti jejak langkah Sunnah Baginda Rasulullah Sallahllu ‘Alaihi Wasallam”. Hadhrat Shah Naqshband Rah mempunyai dua orang Khalifah besar iaitu Hadhrat Khwajah ‘Alauddin ‘Attar Rah dan Hadhrat Khwajah Muhammad Parsa Rah, pengarang kitab Risalah Qudsiyyah.

Dia adalah ibarat lautan ilmu yang tak bertepi dan dianugerahkan dengan mutiara-mutiara hikmah dari Ilmu Laduni. Dia menyucikan hati-hati manusia dengan lautan amal kebaikan. Dia menghilangkan haus dari Ruh dengan air dari pancuran Ruhaniahnya. Dia amat dikenali oleh  penduduk di langit dan di bumi. Dia ibarat bintang yang bergemerlapan yang dihiasi dengan mahkota petunjuk. Dia menyucikan Ruh-Ruh manusia tanpa pengecualian menerusi napasnya yang suci. Dia memikul cahaya Kenabian dan pemelihara Syari’at Muhammadiyah serta rahasia-rahasia. Cahaya petunjuknya menerangi segala kegelapan kejahilan Raja-raja dan orang awam sehingga mereka pun datang berdiri di pintu rumahnya. Cahaya petunjuknya juga meliputi seluruh Timur dan Barat, Utara dan Selatan. Dia adalah Ghauts, Sultanul Auliya dan rantai bagi sekelian permata Ruhani.

No comments:

Post a Comment