(26/12/2014 - nizamuddin). Alhamdulillah kami satu jemaah telah dpt berbai'at dgn maulana saad sebelum balik ke malaysia. Bai'at dibuat selepas doa yasin selepas maghrib di dlm bilik maulana. Hanya 15 org malaysia sahaja yg dibenarkan masuk utk setiap sessi, yg selebihnya org india dan dari negara lain. Terjemahan/mutarjim dibuat oleh ustaz Hanan. Antara isi kandungan bai'at adalah spt dibawah...
Nasihat maulana: perjanjian bai’at adalah satu perkara yg besar dan berat, sahabat bai’at dgn nabi - pegang betul2 dan tak pernah langgar, sahabat sempurnakan semua perjanjian bai’at dgn nabi s.a.w, maksud bai’at, wujud satu amal dakwah dlm diri dan umat, sahabat kedepankan takazah dakwah dan takazah agama, dan kebelakangkan lain2 keperluan, jadikan dakwah sbg adat resam/kebiasaan/darah daging, kita pun kena usaha sempurnakan bai’at yg kita buat, Allah berjanji akan sempurnakan keperluan org yg sempurnakan perjanjian bai’at, Sahabat telah tolak segala2nya, harta, kedudukan dll, tetap dgn kerja dakwah.
Utk dekatkan diri pd Allah, banyakkan solat2 sunat, Dan berpegang teguh pd sunnah, Beri tumpuan pd setiap amal yg kita buat/tawajjuh, Zikir dgn berwuduk dan dgn penuh tumpuan, Bayangkan sifat2 Allah supaya ia masuk dlm diri kita, Ihtimam/ambil berat akan zikir 300 pagi dan 300 ptg, Sempurnakan/Tunai kan semua hak org lain, Bila buat salah dgn org – kita minta maaf, Tak boleh menangis sbb bnyk cakap sia2, Tundukkan pandangan dari melihat wanita bukan muhrim, Jauhi diri kita dari perkara yg haram krn perkara haram menghapuskan amal kebaikan, Wujudkan amalan2 dakwah di masjid kita, Bawa org ke masjid dan wujudkan maktab/suasana belajar quran, Utamakan 4B setiap tahun, 10H setiap bulan dan 8jam setiap hari.
Ikut cakap maulana: Lailahaillallah Muhammadurrasulullah, Aku bersaksi tiada tuhan yg layak disembah melainkan Allah, Dan Muhammad s.a.w adalah hamba Allah & rasul Allah, kami beriman dgn Allah, malaikat, kitabnya, rasulnya, malaikat, hari kiamat dan kpd takdir yg baik atau yg buruk semuanya dari Allah, jauhi diri dari bidaah dan perkara yg menjauhkan diri dari Allah, jauhi diri dari dosa besar, zina, riba dan mengumpat dan mengambil hak org, dan kami tak akan kurangkan walaupun sedikit tahap agama dlm diri, kami akan jaga mata, telinga dan mulut dari dosa dan keluarkan zakat, Ya Allah, kau terimalah bai’at kami, Ya Allah, terimalah kami dlm usaha dakwah, Dan dgn ini melalui silsilah nabi s.a.w, kami berbai’at kpd maulana ilyas melalui saad, Kami akan sempurnakan semua perintah.
Alhamdulillah, ini bai'at yg kedua. bai'at yg pertama dgn hadratji maulana inamul hasan pd thn 1993. masa bai'at dgn hadratji pegang tali. isi kandungan bai'at lebih kurang sama je...semoga Allah terima. amin.
No comments:
Post a Comment