Thursday, January 22, 2015

KALAU USAHA DAKWAH DITINGGALKAN, APA YANG AKAN TERJADI?

Paulus dan Barnabas memberi nama "Kristian" terhadap agama yg mereka bentuk, iaitu sekitar tahun 42M. Agama kristian muncul sekitar tahun 42 M. Antiokhia-lah murid2 itu untuk pertama kalinya disebut Kristian. (Kis 11:26) Pada tahun 325 M Kaisar Konstantin mengadakan Perhimpunan Nesea di Nesea. Yang memutuskan bahwa Jesus (Nabi Isa) adalah Tuhan, yg sebelumnya Jesus tidak pernah dinyatakan sbi Tuhan. Mulai dari tahun 325 M inilah Jesus dianggap sbg Tuhan. 360 patung mengelilingi Kaabah. Didepan Kaabah pun manusia berzina. Tempat yg paling mulia diatas permukaan bumi ini pun akan menjadi tempat maksiat kalau usaha dakwah ditinggalkan. Jarak antara Nabi Isa a.s dan Nabi Muhammad s.a.w sekitar 600 tahun. Selama 600 tahun dakwah tidak ada sama sekali. Apa yang terjadi? Terjadi 3 perkara besar iaitu: 

1. Munculnya agama baru “Kristian”.
2. Nabi Isa a.s diangkat menjadi Tuhan.
3. Datangnya zaman jahiliyah (Zaman yang paling rusak dipermukaan bumi ini).

Penyelesaian dari masalah ini, Nabi Muhammad s.a.w telah buat Dakwah di Kota Mekkah dan Madinah sehingga zaman jahiliyah menjadi zaman Khairul kurun. Dari zaman yang paling buruk menjadi zaman yang paling baik. Asbab dihidupkannya kembali usaha dakwah. Ketika Khadijah rha. menemui suaminya Rasulullah s.a.w. Beliau (Khadijah rha) baru saja pulang dari rumah Waraqah. Dia menanyakan tentang tanda2 kenabian yang ada pada suaminya, pada saat itulah Rasulullah s.a.w menerima wahyu kedua awal surah Al-Mudatsir. Rasulullah s.a.w kemudian berkata kepada isterinya "Tidak ada waktu lagi untuk istirehat, Jibril a.s telah menyampaikan perintah Allah s.w.t kepadaku agar aku menjumpai setiap orang untuk mengajaknya kepada Islam, wahai isteriku siapakah org yg akan mengikutiku". "Aku ya Rasulullah, aku mengimani bahawa Allah s.w.t tiada tuhan selain Dia dan engkau adalah Rasulullah" 

Jawab Khadijah rha.  Demikianlah awal pengorbanan mrk yg tiada berhenti sehingga segala keperluan diri dikebelakang kan hanya untuk kemuliaan Islam. Hingga di akhir hayatnya Rasululah s.a.w ketika ditemani oleh Jibril a.s yg dtg untuk menghiburnya, Baginda s.a.w bertanya "bagaimana keadaan ummatku sepeninggalanku?". Keadaan ummatnya saja yang terfikir hingga akhir hayatnya.

Menjelang akhir hayatnya Rasulullah s.a.w mengirim satu jamaah besar keluar kota Madinah dipimpin seorg panglima yang masih sangat muda, anak dari seorang bekas hamba sahaya yg kemudian menjadi anak angkat baginda, Usamah bin Zaid r.ahuma. Belum sampai ke tujuan jamaah tersebut mendapat berita tentang wafatnya Baginda Rasulullah s.a.w. Akhirnya diputuskan jamaah tersebut kembali ke Madinah. Usaha dakwah terhenti sebentar (dlm satu riwayat 7 hari), jamaah yg dipimpin Usamah ra. belum diberangkatkan. Apa yg terjadi? Terjadi 3 perkara besar iaitu:

1. Diangkatnya ketakutan dari hati orang kafir terhadap orang Islam
2. Banyak orang kembali murtad dan sebagian tidak mau lagi membayar zakat.
3. Munculnya Nabi palsu, Musailamah al Kahzab. 

Tentera Romawi dan sekutu2nya mengirim suatu kekuatan besar untuk membumihanguskan Madinah dan seluruh orang Islam. Abu Bakar ra memutuskan untuk segera mengirim kembali jamaah yg tertunda untuk menghadapi tentera kafir Romawi dengan tetap dipimpin oleh Usamah ra. Ada sebahagian sahabat yang merasa keberatan dan ingin agar Usamah ra. diganti dengan sahabat yg lebih berpengalaman tapi Abu Bakar ra. berkata, "Belum lama jasad Rasulullah SAW dikebumikan, sekarang kalian hendak mengubah satu Sunnahnya”! Jamaah tersebut tetap dipimpin oleh Usamah bin Zaid r.anhuma. Semua sahabat yang tidak ada uzur diperintahkan utk menyertai jamaah tersebut. 

Amirul Mukminin, Abu Bakar ra. meminta kesediaan Usamah ra. untuk membolehkan beberapa sahabat tetap tinggal di Madinah untuk tugas2 lain. Khalid bin Walid ra. ditugaskan memimpin 500 org untuk menghancurkan Musailamah al Kahzab, Umar ra. ditugaskan memimpin 50 orang utk menghadapi mereka yg tidak mau membayar zakat. Sehingga tinggallah di kota Madinah org2 tua dan Abu Bakar sbg Amirul Mukminin utk mengendalikan keadaan di Madinah. Seorg sahabat lagi bertanya kpd Abu Bakar ra. berkata "Wahai Amirul Mukminin kalau semua kita menyertai jamaah ini bagaimana keadaan kota Madinah yg di dalamnya ada isteri2 Rasulullah”. Abu Bakar ra berkata, "Aku lebih rela isteri2 Nabi diserang musuh dan bangkainya dicabik2 serigala dpd agama dan usaha agama ini terhenti”. 

Akhirnya Jamaah tersebut diberangkatkan dgn dilepas sendiri oleh Abu Bakar ra. Di Madinah, semua sahabat yg uzur diperintahkan utk membuat amal masjid. Mengisinya dgn Dawah menjumpai org2 di Madinah yg keyakinannya goyah atau telah keluar dari Islam utk dapat kembali kpd Islam. Mereka kemudian diajak ke Masjid Nabawi untuk duduk di dlm majlis dan dibangkitkan semangatnya kembali serta memperbanyak amal ibadah dan berdoa memohon bantuan Allah s.w.t. Sebahagian lagi diberi tugas utk melayani tamu2 yg datang dan menyiapkan segala keperluan jamaah masjid. Dari usaha dan kerja di Masjid Nabawi tersebut alim ulama menerangkan terbentuk beberapa jamaah dakwah yang dikirim ke kawasan yang berdekatan dengan Madinah, menjumpai setiap orang yang berada di kabilah terdekat untuk kembali kepada Islam dan Iman. Sehingga di dalam suatu riwayat selama tiga hari-tiga malam di kota Madinah tidak terdengar suara adzan.

Kembali kepada Jamaah yang dipimpin oleh Usamah bin Zaid ra. Selama perjalanan untuk menghadapi tentera kafir mereka telah berhenti beberapa kali. Alim ulama menerangkan bahwa Usamah ra. telah memerintahkan jamaah tersebut untuk berhenti dan membongkar segala perlengkapan dan memasang khemah dan berbagai keperluan lainnya. Ketika semua telah selesai, dia, Usamah ra. memerintahkan untuk melanjutkan perjalanan. Semua sahabat r.ahum taat. Mrk segera membongkar khemah mengumpul kan segala perbekalan dan sbgnya. 

Di tempat ya lain Usamah ra. memberikan perintah yg sama sehingga beberapa kali jamaah tersebut membongkar memasang dan membongkar lagi perbekalan serta khemah mereka. Walaupun pada zahirnya terlihat spt tidak teratur dan tidak terurus akan ttpi dgn ketaatan kpd Amir dan bergeraknya mrk tersebut fii sabilillaah. Allah s.w.t telah tanamkan di dlm hati tentera Romawi ketakutan terhadap ummat Islam. Tentara Romawi dan sekutunya menjumpai bekas2 perkemahan dan barang2 perbekalan sahabat r.ahum dapat menghitung berapa kekuatan pasukan Muslimin. Di tempat yang lain mereka menjumpai tanda2 bahawa di tempat itu juga sepasukan yang besar pernah berkemah. Sehingga akhirnya tentara musuh Islam tersebut berkesimpulan kalau dengan jumlah sahabat r.ahum sedemikian besar yang berada di luar Madinah maka pasti jumlah yang lebih besar lagi ada di dalam Madinah. 

Dan mereka memutuskan untuk mundur kerana mereka yakin mereka tidak akan menang menghadapi orang Islam. Begitu juga Musailamah al Kahzab dan pengikutnya berserta benteng di Yamamah yang telah didirikannya akhirnya dapat di hancurkan. Tiga perkara besar yg terjadi akibat usaha dakwah terhenti sebentar akhirnya dpt dikembalikan. Org2 kembali kpd Islam dan mau membayar zakat, Allah s.w.t tanamkan kembali ketakutan di dlm hati musuh Islam dan Allah s.w.t hancurkan nabi palsu. Jadi, penyelesaian dari permasalahan ini hanya usaha dakwah dihidupkan kembali. 15 abad nabi s.a.w telah berpisah dgn kita.  Selama itu pula usaha dakwah telah terhenti (Dlm pandangan secara global). Walaupun masih ada sekelompok kecil ulama dari generasi ke generasi yg masih buat usaha dakwah. 

15 abad usaha dakwah telah ditinggalkan. Apa yang terjadi?

1. Maksiat bermaharajalela dimana-mana.
2. Manusia sudah enggan membayar zakat.
3. Munculnya agama baru.
4. Munculnya Nabi palsu.
5. Ummat Islam dihinakan.
6. Bencana alam.
7. Pembunuhan dan perzinaan.
8. Sejuta permasalahan ummat yang kita hadapi sekarang.
9. Kejahatan2 ummat terdahulu dikumpulkan kepada ummat akhir zaman. 

Penyelesaian dari semua permasalahan umat akhir zaman akan selesai sebagaimana jln yg ditempuh oleh Nabi SAW dan para sahabat iaitu dgn “MENGHIDUPKAN KEMBALI USAHA DAKWAH”. Imam Malik rah.a berkata: “Tidak ada cara yg terbaik dlm memperbaiki Ummat saat ini selain cara yg digunakan Rasullullah saw pada kurun waktu awal Islam”. InsyaAllah jadikan dakwah maksud hidup kita 3 hari, 40 hari dan 4 bulan.

No comments:

Post a Comment