Thursday, January 22, 2015

DAKWAH - KEBESARAN ALLAH

Allah adalah pemilik langit dan bumi, Allah yg cipta 7 petala langit & 7 lapis bumi, Allah yg kawal bulan, bintang, matahari, Allah yg mengalirkan sungai dan lautan, Allah yg pacakkan gunung ganang, Allah yg tumbuhkan pokok dan tanaman, Allah yg pelihara ikan di lautan, Allah yg turunkan hujan, Allah yg mem beri kebahagiaan, Allah yg dtgkan kesusahan, Allah yg bagi ketenangan, Allah yg bagi kegelisahan, Allah yg muliakan seseorg, Allah yg hinakan seseorg, Allah yg bagi kesakitan, Allah yg bagi kesihatan, Allah yg bagi menafaat, Allah yg bagi mudharat, Allah yg menghidupkan, Allah yg mematikan, Allah yg bagi rezeki, Allah buat dgn asbab, tanpa asbab, bertentangan dgn asbab, Allah jadikan adam a.s tanpa bapa & ibu, Allah jadikan isa a.s tanpa bapa, Allah beri kerehatan pd ibrahim a.s dlm api, Allah pelihara yunus a.s dlm perut ikan, Allah selamatkan yusuf a.s dlm telaga, Allah matikan uzair a.s selama 100 thn dan kemudian dihidupkan kembali, Allah jaga ashabul kahfi selama 309 thn. 

Apa yg telah berlaku, berlaku dgn izin dan kehendak Allah, apa yg sedang berlaku, berlaku dgn izin dan kehendak Allah, apa yg akan berlaku, ber laku dgn izin dan kehendak Allah, bila Allah suka, Allah buat, dimana Allah suka, Allah buat, banyak mana Allah suka, banyak tulah Allah buat, bagaimana Allah suka, begitulah Allah buat. Semua benda tak boleh buat apa-apa, harta tak boleh bagi kesenangan, ubat tak boleh bagi kesihatan, tentera & senjata tak boleh bagi keselamatan, yg buat segala2nya ialah Allah. Allah tak berhajat pd sesiapa. Kekuasaan Allah atas setiap zarah. Dialah pencipta, tak ada pencipta selain Allah. Dialah penguasa, tak ada penguasa selain Allah. Dialah yg memelihara, tak ada yg memelihara selain Allah. Allah buat segala2nya dgn kudratNya. Segala2nya berlaku dgn takdir dan kadar yg telah ditetapkan oleh Allah. Allah maha melihat, Allah maha mendengar, Allah maha mengetahui. Allah maha berkuasa atas segala sesuatu. Lailahaillallah.

No comments:

Post a Comment