Thursday, January 22, 2015

SURAT MAULANA YUSUF RAH. - USAHA DI BULAN RAMADHAN

Surat Maulana Yusuf rah. dikirimkan kepada markaz di seluruh India mengenai usaha di bulan Ramadhan. Dari Banglawali Masjid, Bhasti Nizamuddin, New Delhi.

Yang dimuliakan dan dihormati saudara2 seagama semoga Allah s.w.t memberi taufik kpd kami dan kamu semua sebagaimana yg Ia suka dan reda. Assalamualaikum wbt.. Maksud usaha tabligh bukanlah utk menyebarkan atau mewujudkan sesuatu yg tertentu bahkan dgn usaha ini kita ingin menghidupkan perkara yg dibawa oleh Baginda Nabi s.a.w bagi kejayaan muslimin dan sedikit demi sedikit kita terus membawa org2 Islam kpd amalan ini mengikut kemampuan mereka. Asas bagi semua perkara tersebut ialah dgn menjadikan keluar meninggalkan rumah utk mencari keredaan Allah s.w.t sbg satu adat yg umum. 

Sejauh mana perkara ini menjadi umum sebanyak itulah hujan rahmat Allah akan mula turun secara umum juga. Hujan rahmat dan nikmat Allah swt ini amat susah utk dibayangkan oleh org yg mudah utk bersafar bagi sekecil kecil perkara dunia pun dan sebaliknya menjadi susah bagi mrk utk safar bagi menghidupkan sunnah yg berkat dan paling unggul ini. Perkara ini jadi susah kerana sehingga skra ini kita tidak merasakan kepentingan safar Tabligh. Kita menganggap safar2 ini hanya satu gerakan utk membetul kan kalimah atau membetulkan solat shj. Oleh sbb itu kita tidak memberi kepentingan kpdnya.

Padahal maksudnya ialah utk menyalakan dan mencahayakan semua amalan2 itu yg mana dgn perantaraannya amalan keduniaan menjadi amalan agama dan amalan agama yang biasa menjadi hakikat dan seperkara lagi dengan perantaraannya dapat mengukuhkan hubungan hamba dengan Allah s.w.t yang merupakan maksud agama Islam dan hari demi hari hubungan itu semakin bertambah dan wujud satu khaifiat resah dan ketidak ketenangan untuk lebih maju dalam hubungan ini dan kewujudan khaifiat ini menjadi berterusan/istiqamah. Oleh kerana maksud ini ialah maksud nurani dan rohani maka waktu yg paling sesuai utknya ialah di bulan Ramadan. Oleh kerana maksudnya ialah utk menwujudkan nur dan meningkatkan nur maka sebanyak mana usaha  ini dihidupkan dan diusahakan dibulan ramadan iaitu perlu gerakkan usaha secara umum bagi menghidupkan sunnah ini, maka Allah s.w.t akan mula menurunkan rahmat dan nikmatnya secara umum keatas orang Islam yang ianya  terhenti sebelum ini kerana rosaknya manusia secara umum.


Memandangkan usaha ini dibulan Ramadhan akan menghasilkan tujuh puluh kali ganda istiqamah dan nur dibandingkan dgn usaha di bulan2 yg lain dan pada bulan Ramadhan ini biarlah suasana tidak bertuhan bertukar menjadi terdorong kpd agama. Walaubagaimanapun, usaha di bulan Ramadhan adalah lebih berkesan berbanding sebelas bulan yg lain dan bulan Ramadhan dtg utk meningkatkan setiap perkara agama dpd tahap sedia ada, dan apa saja amalan yg ingin kita majukan hendaklah dilebihkan di dlm bulan ini. 

Sekiranya seseorg inginkan kemajuan khusus utk dirinya (yg bergantung kpd suasana umum) maka pilihlah mana mana sudut utk beruzlah dan sekiranya dia inginkan perubahan secara umum dlm agama maka lapangkanlah waktu dlm bulan Ramadhan ini utk keluar membuat usaha yg dgnnya semua secara umum akan menjadi betul dan akan wujud nur dan istiqamah dlm kerja2 khusus yakni amalan infradi. Walaubagaimanapun usaha ini ialah usaha sahabat. Oleh itu adalah dituntut utk buat usaha ini spt usaha bentuk mereka. Sahabat telah mengorbankan uzlah di bulan Ramadhan demi utk usaha ini sehingga jika keadaan memerlukan, mereka akan membatalkan puasa ttpi tidak membiarkan kekurangan berlaku dlm safar (jihad) mereka. Perkara ini juga diperlukan oleh Islam pada hari ini. Bangun, beranikanlah diri keluar ke jln Allah. (Tandatangan, Hamba Muhammad Yusof)

No comments:

Post a Comment