(13/11/2015 – putra perdana). Setiap yg hidup akan merasai kematian. Hanya sanya akan disempurnakan pembalasan bagi setiap kamu ialah pd hari kiamat. Brgs iapa yg diselamatkan dari api neraka dan masuk dlm syurga maka sesungguh nya dia lah org yg telah berjaya. Kehidupan dunia hanya tipudaya. Mati seorg yg sdg belajar ilmu agama adalah mati yg dicemburui. Brgsiapa keluar utk menuntut ilmu dan mati dianggap syahid di jln Allah. kematian bukan berakhirnya kehidupan. Kematian adalah permulaan kehidupan yg sebenar. Dialah Allah yg telah menciptakan kematian dan kehidupan.
Allah sebut mati dulu baru hidup. Krn kehidupan yg sebenar adalah kehidupan slps kematian. Doa yg diajar oleh nabi s.a.w, ya Allah, tidak ada kehidupan yg sebenar, kehidupan akhiratlah kehidupan yg sebenar. Kehidupan dunia adalah kehidupan yg main2 shj, senda gurau, perhiasan, utk berbangga2 antara kamu. Di akhirat azab yg pedih bagi mereka yg lalai dgn kehidupan dunia. Wahai org2 beriman, jgnlah sekali2 harta, anak pinak melalaikan kamu dari mentaati perintah Allah. org yg telah dilalaikan oleh harta dan anak pinak adalah org yg rugi, tinggal perintah Allah dan buat yg haram semata2 utk dunia yg sementara.
Org yg rugi bukanlah org yg tidak mempunyai harta, pangkat kedudukan, tapi org yg rugi ialah mereka yg telah dilalaikan oleh harta dan dunia. Penyelesaian nya ialah infaqkanlah, belanjakanlah, apa sahaja yg Allah telah bagi pd kita, harta, masa, tenaga, segala kemampuan, digunakan utk mentaati perintah Allah. utk menyebarkan agama Allah, utk menredakan Allah. bila nak guna? sebelum maut dtg. Tidak ada seorang pun akan dpt lari dari kematian. Sebagaimana manusia tidak dpt lari dari rezeki dia, begitulah manusia tidak akan dpt lari dari kematian dia. Rezeki akan mencari seorg hamba sbg mana maut mencari dia. Infaqkanlah apa sahaja yg Allah telah beri pd kamu seblm dtgnya hari kematian kamu. Taatlah perintah Allah. tinggalkan larangan Allah. gunakanlah sisa2 kehidupan kita utk meninggikan agama Allah, menyebarkan agama Allah, utk mencari reda Allah. kalau kita tak guna masa yg singkat 60-70 thn, maka ketika hampir mati kita akan sgt menyesal.
Wahai tuhanku, kalau Engkau boleh melewatkan ajal aku walaupun kelewatan yg sedikit, kalau Engkau beri peluang pd aku, nescaya aku akan gunakan semua nikmat yg Engkau telah berikan harta, diri, tenaga utk mentaati perintah Engkau. Tapi Allah jawab, Allah tidak akan melewatkan satu nyawa pun bila telah sampai ajalnya, Allah maha mengetahui setiap amalan kamu. Marilah kita ambil pengajaran dgn kematian adik kita ini. Taat perintah Allah, amal agama dan buat usaha agama. Inilah maksud nabi kita dihantar. 3 maksud nabi dihantar, dakwah, taklim dan tazkiyah. Sebaik-baik manusia ialah mereka yg belajar quran dan mengajar quran. Inilah kematian yg dicemburui.
Salam sejahtera wahai ahli kubur, kamu semua telah mendahului kami, dan kami insyaAllah akan menyusul kamu. Ingatlah satu hari nanti kita akan disolatkan. Ingatlah satu hari ni nanti kita akan diusung. Ingatlah satu hari nanti kita akan dimasukkan ke dlm liang lahad. Hari yg mana tidak ada menafaat anak pinak, harta melainkan org yg dtg berjumpa Allah dgn hati yg sejahtera, iman yakin yg betul, iman yg soheh, amal yg soleh, hanya ini sahaja yg dpt menyelamatkan manusia. Semoga Allah bagi kita kesedaran dan keinsafan. Ilmu adalah apa yg boleh bantu kita jawab soalan dlm kubur. 3 soalan dlm kubur, siapa tuhan kamu, apa agama kamu, siapa nabi kamu. Utk jawab soalan kena taat perintah Allah dan amalkan sunnah dan syariat yg dibawa oleh nabi s.a.w. Kita kena bawa dakwah Nabi, ibadat Nabi dan adat Nabi s.a.w dlm kehidupan. Seblm dtg kematian, jadikanlah dakwah maksud hidup, amalkan agama dan sebarkan agama Allah.
No comments:
Post a Comment