Friday, January 30, 2015

MAKAMI MASTURAH

1. Taklim Rumah: 

Taklim rumah ini harus dan wajib dibuat , baik kpd isteri2 yg blm mengambil kerja masturah maupun yg sudah, org tua kita katakan walau pun amalan lelakinya sudah menyerupai Hasan Basri rah.adan amalan isterinya spt Rabiah al Adawiyah maka ttp taklim rumah harus di buat secara istiqamah di tmpt dan waktu yg sama minimal 30 minit plus mudzaarah 6 sifat. Dan ada hari2 tertentu kita buat mudzakarah adab2 sehari2 dan masail.

2. Taklim Marhallah: 

Penting sekali agar isteri2 kita di libatkan ikut serta dlm taklim mualah mingguan di marhalahdan tertib2 taklim marhalah diantaranya beberapa wanita boleh menjlnkan program, program dimesyuaratkan oleh kaum lelaki dan taklim marhalah harus di ketahui dan di setujui oleh markaz. Kalau isteri kita tak mendukung/menentang usaha dakwah maka hal2 yg harus kita lakukan diantaranya:

a). Kita harus ttp tunaikan hak2 isteri kita walaupun dia menentang dan tidak setuju dgn usaha dakwah ini, kasih syg kita jgn lah berkurang sedikitpun kpd dia, jgn main ancam2 utk melakukan poligami kalau isteri kita menolak dakwah, jgn pernah punya pikiran spt itu, kita harus ttp tunaikan keperluan dan hak dia.

b). Kita jgn menuntut hak kita di tunaikan, kalau sekiranya isteri kita tidak mau mencucikan baju kita ya kita cuci sendiri, kalau isteri kita tidak mau masak yg masak sendiri bahkan kalau isteri kita tidak mau di ajak ”tidur” ya kita tidur sendiri. Intinya kita jgn menuntut hak kita.

c). Ttp lakukan dakwah secara istiqamah, waktunya nisab kita ttp berangkat walau isteri tidak setuju, kalau kita pulang isteri kita marah, maka kita diam saja dgn ttp jaga kasih syg, jgn pernah lupa hak isteri walau dia mati2an menentang dakwah. InsyaAllah kita semua niat amal.

Pentingnya Wanita Solehah:

1. Seorg wanita solehah lebih baik dari 70 org waliyullah.

2. Seorg wanita jahat lebih buruk dpd 1000 lelaki yg jahat.

3. Dua rakaat solat dari wanita hamil lebih baik dpd 80 rakaat solat wanita yg tidak hamil.

4. Wanita yg memberi susu kpd anaknya dari buah dadanya akan mendpt satu pahala dari tiap2 titis susu yg diberikannya.

5. Apb seorg suami pulang kerumah dlm keadaan letih dan isterinya melayani dgn baik maka mendpt pahala jihad.

Cara Suami Memuliakan Isteri:

1. Hak rumah tangga dipenuhi
2. Menyaygi anak di dpn isteri
3. Membawa isteri jln2
4. Memuji masakan isteri
5. Bercerita di mlm hari seblm tidur
6. Memuji bila terlihat kebaikan isteri
7. Memberi hadiah
8. Menjaga akhlaq di dpn isteri
9. Menghias diri di dpn isteri
10. Berdoa utk isteri, kebaikan di dunia dan akhirat

Cara Isteri Memuliakan Suami:

1. Sentiasa tawadhu di hadapan suami
2. Taat perintah suami
3. Diam ketika suami berbicara
4. Mengantar suami apb mau pergi
5. Berhias rapi di hadapan suami
6. Memakai wangi-wangian
7. Memelihara mulut akar ttp wangi
8. Menawarkan diri ketika mau tidur
9. Menjaga kehormatan suami dan keluarga
10. Qonaah (merasa cukup)
11. Tidak keluar rumah tanpa izin suami
12. Menjaga harta suami

Pesanan ulama tehadap para wanita :

1. Solat di awal waktu:

a. Berwudhu seblm azan.
b. Mendorong suami, saudara laki2, anak laki2, bapa utk solat berjamaah di masjid.
c. Meninggalkan semua kegiatan waktu azan dikumandangkan.
d. Memperbnyk solat2 sunat (rawatib, Isyraq, dhuha, tasbih, awwabin, tahajud dan witir).

2. Membaca Al Quran secara istiqamah.
3. Taklim wa taallum.
4. Mendidik anak secara sunat.
5. Hidup sederhana.
6. Menutup aurat secara sempurna.
7. Melayani suami dgn baik.
8. Mendorong suami dan muhrim utk keluar di jln Allah.

Subhanallahi wabihamdika ashadualailaha ilaanta astagfiruka waatubuhu ilaik’.

No comments:

Post a Comment