Silat bukan sekadar buah demo di pentas, bukan kekuda, bukan bunga dan tari. Fahami makna erti sebenar silat. Asal silat tanpa nama bentuk dan rupa, Tiada umpama dan tiada batasnya. Gerakmu gerak ku jua.
Apabila lawan di depan. Anda diancam. Jantung berdegup kencang, nafas tak keruan. Yang memainkan peranan adalah tindak balas secara semula jadi, Apa saja cara untuk tumpaskan keparat di depan, Hanya gerak naluri semata-mata. Ha! Itulah silat.
Selama anda mengikuti pembelajaran silat. Dari asas tangkis sehingga menyambut pelbagai serangan dan menjatuhkan lawan. Berpuluh-puluh buah dipelajari dan bengkung bertukar warna. Akhirnya anda tamat pengajian. Pernahkan anda terfikir bagaimana keadaan sebenarnya jika anda bergaduh? Adakah seindah di dalam gelanggang? Atua ketika buat demo.
Di mana silapnya kebanyakan pesilat hari ini bila berhadapan dengan situasi cemas atau situasi sebenar menjadi "Koboi". Belajar bertahun-tahun, Tapi bila hadapi situasi sebenar jadi koboi. Segala buah entah hilang ke mana.
Kebanyakan Pengajian silat telah disunting dan hanya bersifat kesenian dan persembahan semata-mata, asal lengkap bengkung dikira HEBAT! Kalau tak percaya cuba uji pembelajaran kalian selama ini. Cuba ajak sparring dengan Petinju UFC atau MMA.
Kesimpulannya silat kehilangan asas kesempurnaannya dalam aspek beladiri. Dalam keadaan pergaduhan atau situasi kecemasan ilmu silat gagal dilaksanakan. Silibus pembelajaran silat tidak menekankan aspek sebenar seperti sparring dan jurus. Latihan lebih ditekankan kepada hafalan buah silat.
Biasakan Sparring dengan ahli Beladiri Lain, Jika anda hanya berlatih sesama perguruan, anda akan belajar kaedah menyerang dan menyambut serangan yang sama. Jarang sekali anda belajar terima serangan yang berbeza. Contohnya pesilat belajar tumbuk kaedah A kemudian belajar pula tangkis tumbuk kaedah A. Jika pihak lawan tumbuk keadaan B, C atau D yang berbeza, Ha! bagaimana nak sambut?
Berlatih dengan ahli beladiri lain membantu anda membiasakan diri dengan kepelbagaian serangan. Dengan cara ini anda mampu kembangkan kaedah berhadapan dengan pelbagai kemungkinan serangan dari pelbagai jenis seni beladiri. Terdapat beberapa silat yang mengembangkan kaedah ini dan menyertai pertandingan seni beladiri terbuka seperti MMA, Kickboxing dan UFC.
Jangan rasa rendah diri dengan kekuatan silat berhadapan dengan seni beladiri lain. Silat telah dibuktikan sebagai seni beladiri yang praktikal dan berkembang dengan pesat di Eropah sekarang. Pesilat berbangsa eropah giat mengembangkan silat sejajar dengan kepelbagaian seni beladiri.
Buah-buah silat digunakan oleh unit-unit pertahanan awam di rantau itu. Sedangkan silat di tanah air ini menjadi jumud, pegun dan mundur tidak dikembangkan. Yakinlah silat boleh berhadapan dengan Boxing, Tomoy, Taekwondo, MMA, Karate, Judo dan sebagainya anda hanya perlu membuka minda dan menerima perubahan ini.
Cuba kita lihat kucing atau harimau bergaduh. Gerak mereka diasaskan oleh naluri semata-mata. Begitulah gerak silat yang sebati dengan gerak naluri (instict) manusia. Bukannya buah yang disusun-susun dengan kakunya. Tumbukan, tepisan sepakan dilakukan dengan spontan tanpa tergak-agak. Asal boleh masuk kita masuk, asal boleh makan, kita makan.
Dengan latihan Bunga dan Belebat atau Jurus pesilat dapat melatih naluri supaya dalam situasi sebenar silat akan terbentuk dengan sendirinya kerana pesilat telah sebati denga silatnya. Seperti sebuah pepatah silat: "Pakai tak pakai, tak pakai pakai. Selagi pakai, selagi itulah tak pakai”
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment