Monday, January 11, 2010

TAPAK SILAT

Kekuda merupakan asas yang sangat penting kepada struktur kedudukan badan pesilat. Ia diibaratkan sebagai tiang kepada sesebuah rumah, jika teguh tiang maka teguhlah rumah dan begitu juga sebaliknya. Dikatakan dengan melihat kekuda sudah tahu pesilat tersebut seorang yang mahir ataupun tidak. 

Kekuda perlu diperkukuhkan supaya gerak silat tidak pincang dan pergerakan boleh dilakukan dengan sempurna. Ini tak tapak pun tak kukuh sibuk nak belajar semua buah atau nak kejar bengkung. Kukuhkan dulu tapak tu sehingga benar-benar kukuh. 

Sikap Pasang atau Tapak Menanti ialah kedudukan kekuda dimana pesilat dalam keadaan bersedia menghadapi lawannya. Ia memilki banyak variasi bergantung kepada ilmu pesilat dan situasi yang dihadapinya. walaupun terdapat perbezaan kekuda antara satu silat dan silat yang lainnya, secara amnya kekuda (tapak) silat terbahagi kepada 7 jenis.

1-Tapak selari 
2-Tapak sendeng
3-Tapak serong 
4-Tapak jinjit 
5-Tapak gantung
6-Tapak anak harimau 
7-Tapak alif

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment