Monday, January 11, 2010

PENGASAS SENI SILAT SUNTING 12 HAJI ABDUL MANAS

Allahyarham Haji Abdul Manas bin Daeng Ismail bin Daeng Mandar Ibni Opu Daeng Marewah Ibni La Tendri Burang Daeng Rilakka. 

Allahyarham Haji Abdul Manas sebenarnya berketurunan darah Raja Bugis Luwu-Bone. Iaitu dari keturunan Opu Tendr iBurang Daeng Rilaka Ibn Raja Opu La Maddusila - Raja Bugis di Luwu pada abad Ke-17 (Raja Bugis Pertama yang memeluk Agama Islam dan didakwa bersusur galur dari Ratu Balqis pada zaman Nabi Sulaiman Alayhi Salam). 


Manakala anak kepada Raja Bugis Luwu ini iaitu moyang kepada Allahyarham Haji Abdul Manas adalah Allahyarham Opu Daeng Marewah adalah Yang Dipertua Muda Johor (1722-1728).  Opu Daeng Marewah adalah salah seorang dari “5 Putera Bugis Bersaudara” yang pernah menggegarkan Kepulauan Alam Melayu. 


5 Putera Ini Adalah:


Opu Daeng Perani - Kekanda Sulung

Opu Daeng Menambun - Kekanda Kedua

Opu Daeng Marewah - Kekanda Ketiga

Opu Daeng Chelak - Adinda Keempat

Opu Daeng Kemasi - Adinda Bongsu


Nama mereka tercatat dalam Kitab Sejarah Agung dan tersohor Tanah Melayu iaitu Kitab "Tuhfat An-Nafis" karya Almarhum Raja Ali Haji Ibn Raja Haji Ahmad (1809-1870).


Sebenarnya tak banyak yang saya tahu mengenai pengasas Seni Silat Sunting 12 Haji Abdul Manas. Apa yang saya tahu beliau dari Johor dan lahir pada tahun sekitar 1865-1925 dan wafat pada tahun 1966.


Tengku Daeng Mawelle



No comments:

Post a Comment