Ada orang tanya mengapa kekuda silat rendah? Mengapa kebanyakan silat menggunakan kekuda yang rendah? Adakah dalam situasi pertarungan sebenar kekuda ini praktikal digunakan?
Baik sebelum tu kekuda silat ni juga sesuai digunakan untuk pertarungan senjata seperti keris. Ilmu Silat merupakan ilmu peperangan orang Melayu yang digunakan untuk mempertahankan kerajaan pada satu masa dahulu.
Dahulu hampir setiap lelaki dewasa memiliki senjata sekurang-kurangnya keris atau parang yang tersisip di pinggang. Mereka ibaratkan kalau keluar tanpa keris ibarat keluar dalam keadaan telanjang. Jadi pertarungan senjata menjadi lazim pada zaman itu. Tidaklah dianggap sebagai anak lelaki jika tidak tahu bersilat, apatah lagi menggunakan senjata.
Dengan merendahkan badan, pesilat dapat melindungi kawasan tengah dan atas dari serangan senjata (dada, perut, leher dan kepala). Kawalan tapak menjadi lebih kukuh jika berlaku pergelutan kerana pusat graviti yang rendah. Dengan kekuda ini pesilat mampu memberikan kuasa pada tikaman dan pukulan.
Pergerakan terjahan dan lompatan menjadi pantas dan lincah ditambah pula dengan tangan pesilat dalam keadaan bersedia melindungi zon tengah badan. Dengan kedudukan badan yang rendah, pesilat mampu bergerak ke semua arah dengan kemas bagi mengelak serangan dari pelbagai arah.
Kelebihan Kekuda Silat
-Badan direndahkan dan tangan melidungi paras dada (kawasan serangan senjata).
-Sesuai untuk pertarungan senjata dan tangan kosong
-Manyambut serangan dan menyerang dari pelbagai arah (depan, belakang, kiri dan kanan)
-Tapak yang mudah untuk bergerak ke semua arah
-Pergerakan langkah dan lompatan menjadi jauh untuk mengelak dan menyerang.
Pernah tengok filem Hang Tuah lakonan P. Ramlee? Cuba perhatikan babak Pramlee bertarung dengan taming sari. Bagaimana kekuda digunakan secara efektif dalam permainan senjata. Kaedah kekuda digunakan untuk menyambut tikaman keris dan mengelak dengan pantas kemas.
Apa Itu Kekuda?
Kekuda dianggap sebagai kedudukan "bersedia" bagi pesilat untuk menghadapi serangan lawan. Terdapat banyak aliran dan perguruan silat di serata Nusantara dan setiap silat memiliki identiti kekudanya sendiri. Secara amnya asas keduda silat dibahagi kepada 4 kategori:
1. Berdiri tegak
2. Kekuda tinggi
3. Kekuda sederhana
4. Kekuda rendah.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment