Langkah berasal daripada perkataan "langka" yang bermaksud menghilang atau pupus. Kita tak pernah ukur jarak kita dengan lawan kita, tapi apabila kita melangkah dengan tapak, kita sampai ke sasaran tepat pada masanya. Masa yang penting ialah masa lemah bukan masa kuat. Lambat sesaat kesannya tidak kuat. Masa bergantung kepada petua gerak. Gerak adalah detik masa. Jarumnya ada pada tubuh manusia.
Tapi jangan bertukar antara jarum besar dengan jarum kecil. Sebab itu dinamakan gerakan halus, baca gerak dalam gerak. Kalau terbuka terus pukul, kalau tertutup tunggu. Serang ni adalah teknik tertinggi kerana kita kena tahu bila nak masuk. Kena pandai baca kedudukan dan gerak lawan. Bila ada peluang, jangan tunggu, secepat kilat masuk dan susul. Kalau menunggu, jangan lama-lama yang penting umpan lawan masuk, masa tu kita bertindak.
Kalau dah nampak serangan tu hampir sampai, makna lawan kita tenaganya penamat di situ. Apabila kita elak ataugelek atautepis masa tu, kedudukannya dalam sangat iaitu dalam 'rumah' (Setiap rumah ada 'pintu', ada juga yang memasang 'pagar' sebelum pintu tadi. Jadi, jangan bagi orang masuk ke dalam 'pagar' atau 'pintu' kita. Kalau dah masuk pun, lari ikut 'pintu' belakang. Atau kalau masuk, boleh juga nanti dengan perangkap maut.) kita. Jadi bila umpan dah mengena, teruslah serang, tapi kalau lewat sikit je, kitalah akan melambung.
Selalunya yang serang selalu kena. Tumbuk pun kena, Tendang pun kena. Apa yang sebenarnya yang tak kena dengan penyerang? Selalunya kalau yang serang tu, bila dah mahir elak atau tepis. Kelebihan selalunya pada tapak rendah, sebab kalau dah pandai...nampak tegap, sebab graviti semakin rendah, akan jadi lebih teguh sikit, orang nak pukul pun susah kerana dia pun kena rendah.
''Bertapak'' bina kekuatan, ''Bergerak'' Majukan serangan, Peluang sesaat amat berharga dari segantang emas, Senantiasa tutup ruang serangan, Senantiasa membaca gerakan, Musuh yang bergerak pastinya dedahkan peluang dan Ruang. Silat tidak pernah mati langkahan, Langkahan bermula dari tapak,Tapak perlu dijiwai, Setiap gerak kita adalah senjata yang bahaya dan juga pertahanan atau benteng yang kukuh.
Keistimewaan ilmu Allah ini dimiliki dari tapaknya. Umpama Islam kalau solat adalah tiangnya dan asasnya adalah hati, Seni mempertahankan diri pula tiangnya ialah pembawakan silat itu (imejnya) Manakala asasnya ialah tapaknya atau langkahannya kerana buahnya sama sahaja, terbentuk daripada tapaknya.
Tengku Daeng Mawelle
No comments:
Post a Comment