Monday, January 11, 2010

PERANAN BESAR ULAMA

Ketika 1940 - 1950, pengganas Komunis telah menunjukkan sikap biadap dan zalim terhadap masyarakat kampung di Tanah Melayu selepas penjajah Jepun mengundurkan diri dan mengalah. Mereka menculik dan merogol anak gadis, membunuh dan menyeksa para pemuda serta tok-tok imam di kampung-kampung.

Maka dengan izin Allah bangkit tiga orang ulama yang menyeru dan mengumpulkan dan memimpin penduduk-penduduk kampung untuk bangkit berjihad menentang kekejaman pengganas Komunis tersebut. Perang sabil ini dipimpin oleh Almarhum Tuan Guru Haji Yahya bin Taha di selatan Kedah dan utara Perak, Almarhum Tuan Guru Haji Bakri di Hilir Perak dan Perak Tengah dan Almarhum Kiyai Haji Salleh di Johor.

Angkatan perang sabil yang dipimpin oleh Ulama-ulama ini ternyata berjaya menggerunkan pengganas Komunis. Dengan kelengkapan senjata yang terbatas, Mereka berjaya membunuh ramai pengganas Komunis sehingga mereka serik untuk membuat onar di kampung-kampung lagi.

Siapa kata Ulama tidak berjasa dan tiada fungsi? Lihat saja gandingan Almarhum Tokku Paloh dan Almarhum Sultan Zainal Abidin III di Terengganu. Pihak British tidak berjaya mencampuri urusan di negeri itu. Setelah kematian Tokku Paloh dan Sultan Zainal Abidin III, barulah mereka berjaya menjajah Terengganu. 

Peranan Ulama amat besar bagi sesebuah Negara. Masih ramai lagi ulama yang tidak didengang jasa mereka. Biarlah hanya Allah saja Yang Mengetahui. Jika Ulama dan Umara beriman dan soleh serta taat pada Allah dan Rasul-Nya, di sesebuah negara. Gandingan ini pasti membuat sesebuah Kerajaan itu kuat dan dirahmati serta berkati Allah. 

Moga Allah Taala merahmati roh Para Ulama yang telah banyak berjasa kepada Agama, Bangsa dan Tanah air. 

Bissirril Fatihah.

Tengku Daeng Mawelle

No comments:

Post a Comment